home

search

Chapter 30 Menyelamatkan Anis Part 01

  HARI KETIGA PULUH

  Hari ini lebih indah dari semalam, di mana cahaya matahari menyinari kelas kami. Kawan-kawan sekelas tidak henti-henti ketawa, menunggu guru datang mengajar. Aku memandang ke arah tingkap sekolah, terlihat burung-burung berkicauan di dahan pokok berhampiran. Namun, mataku tertarik kepada pembinaan di luar sana. Aku bersuara perlahan, namun cukup jelas untuk beberapa orang di sekitar mendengar.

  "Kenapa pembinaan ini macam tak ada orang nak siapkan?"

  Pembinaan itu seolah-olah ditunda tanpa sebab yang jelas.

  Sesi pagi berjalan seperti biasa, namun ada sesuatu yang mengganggu fikiranku. Aku perasan tempat duduk Kai kosong sekali lagi. Rasa ingin tahu menyelinap dalam hati.

  "Kenapa dia tak datang lagi hari ni?" bisikku pada diri sendiri.

  Sesi pembelajaran bermula seperti biasa setelah guru tiba di kelas.

  "Baiklah semua! Memandangkan perayaan sudah dekat, kita ditugaskan untuk menghias padang sekolah," umum guru dengan suara lantang.

  "Alaaa..." Kami semua mengeluh serentak. Tugasan menghias padang bukanlah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan kami.

  Ketika pembelajaran sedang berjalan, satu pengumuman berkumandang melalui pembesar suara sekolah.

  “Kepada pelajar yang bernama Hazrul. Anda diminta untuk menuju ke bilik mesyuarat.”

  Hampir seisi kelas memandang ke arahku, dan seperti biasa, mulut-mulut nakal mula bertanya.

  "Hei, Hazrul! Apa kau dah buat sampai kena panggil?"

  "Aku pun tak tahu," jawabku ringkas sambil mengangkat bahu.

  Tanpa berlengah, aku berdiri dan keluar dari kelas, menuju ke bilik mesyuarat yang disebut. Hati kecilku sedikit resah, tertanya-tanya apa sebab aku dipanggil.

  Setibanya di pintu bilik mesyuarat, aku berdiri sejenak, teragak-agak untuk membuka pintu. Namun, aku tahu aku tiada pilihan lain. Dengan nafas yang dihela perlahan, aku membuka pintu itu.

  Di sebalik pintu, aku melihat beberapa individu sedang menunggu kedatanganku. Pandangan mereka tajam, namun wajah mereka tidak menunjukkan apa-apa emosi.

  Keterangan

  -Azmi

  -Anita

  -Amiliya

  -Hazrul

  -Kai

  -Kesemua Ahli Team Seven

  -Kaki tangan kerajaan dan Ejen SCI

  Aku mula mencari tempat duduk, memerhatikan ruang bilik mesyuarat yang terasa tegang. Beberapa wajah yang aku kenali dari kelas duduk di sekeliling, namun kebanyakannya adalah individu yang aku tidak pernah temui. Di hadapan, seorang lelaki berusia—tampak sebagai Ketua Kerajaan berdiri dengan penuh keyakinan, dikelilingi beberapa anggota berpakaian seragam rasmi.

  Suasana menjadi sedikit gelisah apabila Azmi, salah seorang pelajar yang turut dipanggil, tiba-tiba bersuara.

  "Ada apa memanggil kami semua?" tanyanya, nadanya bercampur antara ingin tahu dan gelisah.

  Ketua Kerajaan mengangkat tangannya, isyarat untuk kami semua tenang.

  "Tenanglah, anak muda. Kami di sini kerana urusan penting," katanya dengan suara dalam yang penuh ketegasan.

  Azmi mengangkat kening, tidak puas hati dengan jawapan itu. "Urusan apa?" tekannya lagi.

  Dari meja di sebelah kanan, Ros, salah seorang pelajar lain yang turut dipanggil, menjawab dengan nada serius.

  "Urusan hari pembalasan," katanya, menyebabkan suasana bilik menjadi lebih sunyi.

  Azmi terkejut mendengar jawapan itu, wajahnya berubah. Dia akhirnya duduk, terdiam.

  Ketua Kerajaan memandang ke sekeliling bilik, matanya singgah di wajah setiap kami sebelum memulakan perbincangan.

  "Baiklah, tentu kamu semua tertanya-tanya kenapa kamu berada di sini, bukan?" katanya, membuka mesyuarat dengan nada yang membuat kami semakin berdebar.

  Roger menjawab dengan nada spekulatif. "Tentu ada kaitan dengan insiden si Penjubah baru-baru ini, kan?"

  "Ya, betul tu," Ketua Kerajaan mengesahkan. Suaranya tidak menunjukkan sebarang keraguan.

  Aku memandang sekeliling sekali lagi, cuba memproses apa yang sedang berlaku. Rasanya ini lebih daripada sekadar mesyuarat biasa. Dengan kehadiran kaki tangan kerajaan dan beberapa Ejen SCI —agensi rahsia yang sering disebut dalam khabar angin di Akademi Putra—aku mula sedar bahawa ini mungkin ada kaitan dengan semua kejadian ganjil yang aku alami kebelakangan ini.

  Namun, apa yang benar-benar menarik perhatian aku ialah Kai, yang aku baru sedar turut hadir di bilik ini. Dia tampak berbeza dari biasa—wajahnya serius dan penuh curiga. Mata tajamnya tidak lepas memerhati setiap gerak geri mereka yang berada di bilik itu.

  Ketua Kerajaan akhirnya kembali bersuara, memecahkan keheningan.

  "Baik, mari kita mulakan mesyuarat ini," katanya tegas.

  Dengan kata-kata itu, mesyuarat pun bermula.

  Ketua Kerajaan memandang ke arah Azmi dengan nada serius. "Kami perlu menjalankan ujian terhadap Anis semula. Ini demi keselamatan kita semua," katanya.

  Azmi, yang jelas tidak bersetuju, tiba-tiba bangun sambil memukul meja. "Saya tidak bersetuju!" suaranya tegas, matanya penuh dengan amarah.

  Ketua Kerajaan cuba menjelaskan, "Dengar, Azmi. Jika kami membiarkan perkara ini begitu sahaja, Anis mungkin akan mati. Tentu kami akan menderita lagi. Ini bukan soal pilihan; ini soal tanggungjawab."

  Azmi terdiam seketika, cuba mencerna kata-kata tersebut. Namun, hatinya tetap tidak berubah. Dengan suara yang tegas, dia berkata, "Saya tetap tidak peduli!"

  Azmi kemudian memandang Anita dan Amiliya, memberikan isyarat agar mereka mengikutinya. Ketiga-tiganya keluar dari bilik mesyuarat dengan langkah penuh tekad.

  Kai pula berdiri tanpa berkata apa-apa, memandang semua yang tinggal di dalam bilik mesyuarat dengan tatapan dingin sebelum meninggalkan kami dalam bayangan.

  Aku melangkah keluar dari bilik mesyuarat, berjalan perlahan di sepanjang koridor sekolah. Fikiran aku penuh dengan kebimbangan tentang Anis. Jika ujian itu dijalankan semula, nyawanya mungkin dalam bahaya. Aku tahu aku perlu bertindak, jadi aku memutuskan untuk mencari Anis di perpustakaan dan mendapatkan jawapan.

  Namun, di pertengahan jalan, aku terserempak dengan Kai. Dia berdiri di tengah laluan seperti sedang menunggu aku.

  "Kai?" panggilku, sedikit terkejut melihatnya.

  Kai memandang tepat ke arahku. Dengan nada serius, dia berkata, "Kita ditipu."

  Mata aku membulat, tidak memahami maksudnya. "Apa maksud kau?" tanyaku cepat.

  Kai mendekat, menurunkan suaranya. "Kita ditipu tentang semuanya. Sejak kita masuk ke sekolah ini, ada banyak perkara yang disembunyikan daripada kita."

  Aku terdiam, tergamam dengan kata-katanya.

  "Aku nak tunjukkan sesuatu," katanya sambil menarik lenganku. "Ikut aku ke bilik aku."

  Kai mengeluarkan beberapa keping gambar, nota, dan sebuah tablet dari mejanya. Dia menyusun semuanya di hadapan aku.

  The narrative has been taken without permission. Report any sightings.

  "Ini... apa semua ini?" tanyaku, menatap bukti yang kelihatan mencurigakan.

  Kai menunjuk ke salah satu nota. "Lihat ini. Tulisan ini adalah kod 5A yang mereka tunjuk hari itu. Tapi jika diterbalikkan, ia menjadi 'VS'—Video Stories. Kau tahu apa itu?"

  Aku menggeleng.

  "Video Stories adalah sejenis rakaman yang dikatakan mampu membawa kekecewaan mendalam kepada sesiapa yang menontonnya. Tapi sekarang mereka telah naik taraf teknologi itu."

  Kai menunjukkan sebuah video di tablet. Rakaman itu memaparkan sekumpulan tentera kerajaan yang tiba-tiba jatuh tidak sedarkan diri sebelum bertindak dengan penuh ketaatan kepada seseorang.

  "Ibarat dipukau," Kai menerangkan. "Mereka kehilangan kawalan diri."

  Aku berasa seram melihat video itu. "Kai... apa kaitannya semua ini dengan Anis?"

  Kai memandang aku dengan wajah penuh keseriusan. "Anis bukan subjek ujian gagal seperti yang mereka katakan. Dia tidak ada kegagalan sel pun. Dia cuma mengalami trauma selepas melihat sesuatu—'Hantu', seperti yang mereka gelarkan. Tapi yang paling penting, ubat penawar yang mereka mahu hasilkan belum siap."

  Aku mengerutkan dahi, masih keliru. "Jadi, maksud kau?"

  Kai tersenyum sinis. "Maksud aku, mereka cuba menggunakan Anis untuk ujian DNA demi mendapatkan hasil NPV—Narcotic Performance Value. Tapi sebenarnya, mereka hanya mahu mengawal lebih ramai orang seperti tentera itu."

  Aku terkejut dengan kenyataan Kai. "Dan kau pasti tentang ini?"

  Kai mengangguk. "Aku yakin. Sebab itu, aku perlukan kau untuk menghalang mereka."

  Aku berdiri, tekad mulai terbentuk dalam diri aku. "Baiklah, aku akan cuba. Tapi... aku tak tahu di mana nak mula."

  Kai meletakkan tangannya di bahuku. "Mula dengan mencari Anis. Dia kunci kepada semua ini."

  Tanpa membuang masa, aku keluar dari bilik Kai dan terus menuju ke perpustakaan.

  Selepas perjalanan panjang, akhirnya aku tiba di perpustakaan. Nafasku masih sedikit tercungap-cungap, tetapi aku membuka pintu perlahan, berharap Anis ada di dalam.

  Ruangan perpustakaan sunyi, hampir kosong. Cahaya matahari yang menembusi tingkap besar menerangi barisan rak buku yang tersusun rapi. Tidak ada sesiapa. Aku melangkah perlahan menuju ke meja yang terletak di tengah ruang itu.

  Di atas meja, ada sebuah buku tebal dengan kulitnya yang lusuh. Tulisan pada kulit buku itu pudar, tetapi corak aneh berwarna keemasan kelihatan seperti memancar dalam cahaya.

  "Buku... jelmaan?" bisikku, tertarik oleh aura aneh yang terpancar darinya.

  Entah mengapa, aku rasa seolah-olah buku itu memanggil aku. Tanganku hampir menyentuhnya, tetapi sebelum sempat, suara lembut tetapi mengejutkan berbunyi dari belakangku.

  "Apa yang awak buat?"

  Aku terlompat, jantungku berdegup kencang. Berpaling, aku melihat Anis berdiri di belakangku, wajahnya tenang tetapi dengan senyuman kecil yang tidak aku jangka.

  "Awak ni, jangan buat macam tu lagi boleh tak?" balasku dengan nada marah-marah manja. "Nasib baik saya tak ada sakit jantung tau!"

  Anis hanya tersenyum, tetapi kali ini ada sesuatu yang aneh pada senyumannya. "Baguslah," katanya perlahan. "Kalau ada pun, tentu mudah untuk mati, kan?"

  Aku terpaku mendengar kata-kata itu. Hati aku mula tidak keruan. Itu bukan sesuatu yang biasa Anis katakan. Aku memandangnya, cuba membaca emosinya, tetapi wajahnya kosong, seperti dia bukan dirinya.

  Dia memandangku sejenak sebelum berkata, "Saya nak buat air. Tunggu sini."

  Sambil dia berlalu pergi ke sudut kecil perpustakaan yang mempunyai pantri, aku duduk di meja itu. Fikiran aku bercelaru. Kata-katanya tadi bermain-main di fikiran. Naluri aku memberikan amaran, tetapi aku cuba menenangkan diri.

  Tak lama kemudian, Anis kembali dengan dua gelas air. Dia meletakkan satu di hadapan aku. "Minum," katanya dengan nada mesra tetapi hampir memaksa.

  Aku memegang gelas itu, memandang cecair di dalamnya. Ia kelihatan seperti air biasa, tetapi ada sesuatu yang membuatkan aku ragu-ragu.

  "Kenapa awak asyik pandang air itu je?" tanya Anis sambil tersenyum kecil.

  Aku terkejut dengan soalannya. "Tak ada apa... saya cuma terfikir tentang kerja sekolah," jawabku, cuba mengelak.

  Anis mengangguk. "Kalau macam tu, minum aje. Air takkan gigit awak."

  Aku akhirnya menghirup air itu perlahan-lahan. Rasanya biasa, tetapi aku tetap tidak dapat menyingkirkan rasa tidak sedap hati yang menyelubungi aku.

  Meletakkan gelas di atas meja, aku memandang Anis dengan serius. "Anis, kenapa awak setuju untuk buat ujian DNA itu?" tanyaku.

  Anis tidak menjawab. Sebaliknya, dia tersenyum dan mengalihkan topik. "Hari ini cerah, kan? Tengok burung-burung tu," katanya sambil memandang ke luar tingkap. "Dari mana mereka datang dan ke mana mereka pergi?"

  Aku turut memandang ke arah tingkap. Memang burung-burung itu cantik, terbang bebas di langit biru. Tetapi kata-kata Anis membuatkan aku semakin gelisah.

  Tiba-tiba, Anis berdiri dan menuju ke pintu. Dia membukanya perlahan, membiarkan cahaya dari luar memenuhi ruangan.

  "Awak nak ke mana?" tanyaku, cuba memahami tindakannya.

  Dia berpaling, tetapi kali ini dengan ekspresi yang sukar untuk aku baca. "Kadang-kadang, ada perkara yang kita tak boleh faham. Dan ada perkara yang kita tak patut tahu."

  Dengan itu, dia melangkah keluar, meninggalkan aku sendirian dengan persoalan yang semakin menekan.

  Aku melihat Anis seperti cuba pergi ke suatu tempat yang aku sendiri tidak tahu. Hati aku tidak tenang, dan tanpa berfikir panjang, aku mengejarnya.

  "Anis! Hey! Ke mana awak nak pergi?" jeritku sambil cuba mengejar langkahnya.

  Dia tiba-tiba berhenti. Dengan perlahan, dia berpaling ke arahku. Matanya kelihatan kosong, tetapi ada sesuatu dalam tatapannya yang membuatkan aku meremang.

  "Kau sedang ditipu, Hazrul," katanya dengan nada serius. "Oleh Team Seven."

  Aku terpaku mendengar kata-kata itu. Anis memusingkan tubuhnya kembali, tetapi kali ini dia bersuara lagi, lebih perlahan tetapi penuh amaran.

  "Berhati-hati di mana awak melangkah... kerana mereka tahu dan sentiasa memerhatikan awak. Itulah maksudnya."

  Aku menghela nafas panjang. Jadi, itu maksud sebenar Anis. Tetapi kenapa dia tiba-tiba berkata seperti itu?

  "Anis!" panggilku, cuba menghalangnya. "Kenapa awak mesti teruskan ujian ini? Kenapa dengan awak sebenarnya? Anis, tolonglah!"

  Dia menoleh sekali lagi. Matanya... kelihatan seperti dipukau, kosong, tetapi penuh dengan tekad yang aku tak faham.

  "Jangan halang saya, sang pahlawan!" bentaknya, nadanya hampir seperti orang lain berbicara melalui dirinya.

  Aku cuba mendekatinya, tetapi langkahku terasa berat. Badanku mula kehilangan deria. Kaki, tangan, semuanya perlahan-lahan mati rasa. Aku terjatuh ke tanah, tidak mampu bangkit.

  Perasaan ini... Aku kenal benar. Sama seperti hari itu. Hari di mana pengetua Akademi Putra ditembak.

  Dengan pandangan yang semakin kabur, aku melihat Anis berjalan pergi, langkahnya tenang dengan penuh misteri. Aku cuba memanggilnya, suaraku serak.

  "Anis! Jangan... pergi!"

  Namun, tiada apa yang mampu aku lakukan. Aku hanya dapat melihat bayangnya menghilang.

  Tiba-tiba, bunyi gelak tawa memecahkan keheningan. Gelak itu datang dari arah depanku. Aku memaksa pandanganku fokus dan melihat sosok seseorang berdiri tidak jauh dariku.

  "Hello!" kata orang itu sambil melangkah perlahan ke arahku. "Aku ialah Sang Joker. Salam kenal, Hazrul."

  Nada suaranya sinis, seperti mempermainkan aku.

  "Apa yang kau nak?!" tengkingku, meskipun aku hampir tidak mempunyai tenaga untuk bersuara.

  Dia pura-pura ketakutan, meletakkan tangan ke dada sambil menyeringai. "Ala, takutnya aku!" katanya dengan nada mengejek. "Aku ni cuma orang biasa, tahu? Aku datang ke sini untuk... memberi pesan."

  Aku cuba bangkit, tetapi badanku tidak mendengar arahan. Kata-kata Joker perlahan-lahan menjadi kabur di telingaku, seperti gema yang hilang dalam udara.

  Kemudian, dia melangkah ke arahku, bersedia untuk memijak tubuhku. Tetapi sebelum kakinya sempat mendarat, seseorang muncul entah dari mana, menghalangnya.

  Bayangan itu bertindak pantas, menepis Joker ke belakang. Aku tidak dapat melihat siapa yang datang kerana pandanganku semakin kabur.

  Joker tampak terkejut, tetapi dia segera melarikan diri tanpa sepatah kata. Aku cuba untuk terus berjaga, tetapi badan aku terlalu lemah.

  Pandangan terakhirku ialah bayangan sang Joker yang lari diikuti siluet penyelamat misteri itu. Selepas itu, semuanya menjadi gelap.

  Apabila aku tersedar dari pengsan, suasana di sekelilingku terasa sunyi. Tiada siapa di situ, hanya aku terbaring lemah di atas lantai. Aku cuba untuk bangun, tetapi badanku masih lemah. Rasa perit menjalar dalam tubuhku—aku terkena racun.

  Tidak lama selepas itu, pintu terbuka dan Miya muncul, membawa dulang berisi air.

  "Oh, awak tak boleh bangun lagi," katanya sambil meletakkan dulang itu di meja kecil di sebelahku.

  "Apa yang terjadi?" tanyaku lemah.

  Miya menjawab sambil menghulurkan segelas air kepadaku. "Awak terkena racun sebentar tadi. Nah, ini ubat penawar. Minumlah."

  Aku mengambil air itu dengan tangan yang menggigil dan meminumnya. Rasa aneh menjalar dalam tekak, seperti sesuatu yang tidak kena. Aku memandang Miya.

  "Miya, saya mahu tahu sesuatu. Adakah selama ini awak semua memang merancang sesuatu? Cepat bagitahu aku!"

  Miya memandangku, wajahnya kelihatan serba salah. Dia teragak-agak untuk menjawab. "Saya... Saya tidak boleh bagitahu semuanya."

  Aku mendesak. "Cepatlah, Miya! Apa yang sebenarnya berlaku?"

  Dia menundukkan wajahnya, memandang gelas yang dipegangnya tanpa berkata apa-apa.

  Tiba-tiba, suara dari sebalik pintu memecah suasana tegang.

  "Ya, memang kami merancang sesuatu," kata Jojo sambil melangkah masuk ke bilik.

  Dia menghampiri aku, matanya memandang tepat ke arahku. "Kau nak tahu apa? Kami sudah tahu tentang NPV jauh lebih awal daripada Kelab Misteri."

  Kata-katanya membuatkan aku tersentak. Jojo meneruskan. "Sebenarnya, kau telah diperdaya."

  Sebelum aku sempat berkata apa-apa, Justin masuk ke bilik itu dan berdiri di sebelah Jojo. Dia memandangku dengan pandangan penuh penyesalan.

  "Maaf, Hazrul. Selama ini kami hanya memerhatikan kau," katanya.

  Aku menatapnya dengan penuh rasa ingin tahu. "Kenapa? Apa sebenarnya yang kamu semua rancang?"

  Justin menarik nafas panjang sebelum menjawab. "Apa yang kami rancang adalah supaya kau menyertai kami dan menerima segala yang berlaku. Untuk memegang pedang itu."

  Jojo mencelah, suaranya penuh dengan keyakinan. "Mulanya kami tidak percaya akan ada pengganti bagi Pedang Burung Emas. Tapi ternyata memang betul!"

  Ketika itu, Max muncul di ambang pintu, mendengar setiap kata mereka. Dia melangkah masuk dengan wajah serius.

  "Ya, betul tu, Hazrul. Kau sedang dipermainkan oleh kerajaan. Sebenarnya, kita semua dipermainkan oleh mereka," katanya.

  Max memandang Justin sejenak sebelum menyambung. "Mulanya Justin kata yang dia sedang menyiasat tentang Beg NPV. Tapi lama-kelamaan, semuanya terbongkar."

  Aku memandang Max dengan penuh tanda tanya. "Apa sebenarnya yang kamu semua lakukan selama ini?"

  Max menjelaskan. "Kami sebenarnya diarahkan untuk mencari kata kunci Beg NPV yang disembunyikan oleh Joker. Tapi disebabkan kau, kami akhirnya tahu keseluruhan cerita."

  Aku memikirkan sesuatu, kemudian bersuara. "Anis! Kai pernah kata bahawa penawar bagi ujian tak sempurna masih belum disiapkan!"

  Kenyataanku membuatkan mereka semua terkejut dan tergamam. Dalam keadaan kaku, pintu bilik itu sekali lagi terbuka.

  Kai melangkah masuk dengan komputer riba di tangannya. "Hey, aku ada sesuatu nak bagitahu. Cuba lihat ni," katanya sambil menunjukkan paparan di komputernya.

  "Ini adalah data mengenai Anis," jelasnya. "Mengikut data ini, dia sedang mengulangi ujian DNA. Dan ada sesuatu yang menarik."

  Kai menunjuk ke arah satu amaran yang terpapar di skrin. Suara Joker terdengar melalui pembesar suara, rakaman yang jelas menghantui kami semua.

  "Hai teman-teman, ini adalah satu permainan. Aku tahu kau semua pasti kenal siapa aku. Baiklah, hari ini aku akan dapatkan sampel DNA dan hasilkan NPV itu semula."

  Max mengetap gigi, jelas sekali marah. "Ini semua rancangan Joker! Kita mesti halang ujian itu!"

  Dengan segera, kami semua berkumpul untuk merangka pelan. Tidak kira apa pun, Joker mesti dihentikan sebelum dia berjaya menghasilkan NPV yang boleh memusnahkan segalanya.

Recommended Popular Novels