home

search

Chapter 01 Selamat Pagi

  Bip bip…

  Bunyi jam loceng menandakan pagi telah tiba. Natalie memenuhkan tenaganya dari silinder besar. Sebaik sahaja terisi penuh dia terus bangkit keluar dari biliknya.

  “Baiklah, hari ini kita akan mulakan dari mana agaknya ya. Saya tahu... Kita mula dari dapur dulu.”

  Natalie menuju dapur lalu segera memasak sesuatu sambil bersenandung dengan senang hati.

  “Pagi yang indah bukan? Hari ini cuaca juga cerah ia terang bersinar.”

  Makanan yang siap dimasak membuatkan Natalie tersenyum.

  “Baiklah rasanya ini sudah cukup,” ucap Natalie seorang diri.

  Seseorang berjalan keluar dari bilik tidur sambil mengosok rambut yang kusur, “Selamat pagi Natalie, apa sarapan hari ini?”

  “Oh, awak dah sedar? Saya sedang sediakan makanan kegemaran awak. Sup kari dengan buah.”

  “Kan saya dah cakap sup dengan buah tidak serasi. Rasanya pelik bila makan kari dengan buah. Rasa dia lain macam dan tak sedap sama sekali.”

  Natalie mencuit pipi, “Hmm, walaupun saya android setidaknya awak perlu bersyurkur sebab dapat kasih sayang yang tinggi dari ai yang pintar dan cerdik pandai seperti saya ni. Awak tahu, ianya susah untuk saya buat kari ni khas untuk awak. Jadi lebih baik awak bersyurkur kalau tak saya tuang kari ke dalam singkir.”

  “Baiklah, baiklah,” lelaki itu berkata sambil kedua tangannya berada di udara, cuba menolak angin, “…saya minta maaf, saya minta maaf… Kari yang awak buat dan buah yang awak hidangkan nampak cantik. Saya teringin untuk memakannya sekarang.”

  Walaupun kata-kata itu seperti ejekan, namun hati Natalie tetap menerimanya sebagai pujuan yang datang dari seorang manusia yang kelaparan.

  “Awak bernasib baik tau, hari ini hati saya sedang lembut. Kalau tak dah tentu kuali ni hentak kepala awak sampai-sampai awak akan kata, kenapa imajinasi saya terlalu tinggi, kemudian awak diam dan pengsan.”

  “Baiklah, baiklah, Natalie… Sayangku, tolong berikan saya ruang untuk bercakap. Awak suka usik saya dengan perkataan pedas awak tu kan? Kenapa lah awak jadi macam ni, awak dah berbeza sejak kita pertama kali berjumpa, awak nampak lain sekarang,” kata lelaki itu dengan melebarkan keluar tanyanya di udara.

  Natalie kembali memasang ekpresi menciutnya, “Hmm, awak makan ajalah. Jadikan buah-buah sebagai pencuci mulut buat awak. Saya takut kalau-kalau awak akan mati sebab kebuluran. Maklum lah awak kan lemah.”

  “Hahhaa, terima kasih atas pujian itu, saya bertambah berselera sekarang. Sedapnya…!!”

  Tanpa berlama lelaki itu terus duduk di atas kerusi, dia menggenggam sudu sambil memerhatikan sup yang dihidangkan Natalie. “Boleh makan ke tak ni?” bisik hati lelaki itu memasang muka yang lama terhadap makanan yang sedia ada di atas meja. “Kalau saya makan saya tak akan mati kan?” bisiknya, beberapa saat seterusnya, dia menelan air liur dan bersedia untuk merasakan masakan yang bukan datangnya dari buatan manusia.

  Satu suapan diambil dan dia meletakkannya ke dalam mulut, merasakan sensasi panas dan rasa yang jarang ia rasakan. Matanya tadi yang termenung kini mempunyai bentuk kesukaan, dia melompat dalam firasatnya sambil berkata, “Sedapnya…!!” tanpa diketahui Natalie. Dia seolah-olah terbang dengan perasaan yang bercampur antara rasa panas dan nikmat yang belum dia rasakan sebelum ini, walaupun ini hanya kari.

  “Tak sangka awak pandai masa, Natalie,” ucapnya tidak henti menikmati makanan yang disediakan. Natalie hanya tersenyum menerima pujian yang bertubi-tubi dari lelaki itu. Dia mengambil langkah ke depan dan mereka duduk bersama.

  “Jadi, macam mana? Awak sukakannya… saya tahu, saya berbakat dalam bidang sebab saya ada data khusus untuk makanan seperti ini.”

  “Awak hebat, bukan, awak lah yang terbaik, saya tak sangka yang awak boleh masak sesedap ni. Mana awak berlajar? Rasa kari ini adalah yang terbaik.”

  “Ehh… saya hanya guna rempah biasa aja, awak jangan lah puji lebih-lebih.” Natalie tersenyum di hadapan lelaki itu.

  Tidak lama kemudian sebuah berita muncul di kaca tv mereka memaparkan siara tentang beberapa peristiwa, “Semalam, kami menerima laporan tentang robot-robot yang suka memusnahkan barang telah pun dikesan. Mereka sekarang berada di lautan di sebuah pulau yang berada di kawasan timur. Para penonton juga harus berhati-hati sekiranya berjumpa dengan mereka.”

  “Haa, robot-robot tu lagi…” kata lelaki itu.

  “Jadi macam mana Zen, awak nak minta organisasi atas untuk hantar kita ke sana. Kita boleh musnahkan robot-robot tu sebelum mereka bertindak kembali.”

  Did you know this text is from a different site? Read the official version to support the creator.

  “Kerja… Ahhh, saya rasa malas nak kerja sekarang…” ucap Zen yang bersandar pada kerusi, makanannya juga sudah habis.

  “Hissh, awak jangan lah malas sangat Zen, kalau kita tak buat sesuatu orang ramai mungkin dalam bahaya.”

  “Apa yang seronok sangat lawan dengan robot-robot tu? Saya pun hampir mati semasa berlawan dengan mereka. Untuk hari ini kita cuti, lagipun hari ni sabtu, kita tak sepatutnya lakukan kerja pada hari cuti seperti ini.”

  “Awak ni memang malas lah Zen, kalau kita tak buat apa-apa. Apa akan terjadi pada mereka yang diserang robot-robot tu. Kita kena hentikan mereka sebelum apa-apa terjadi.”

  “Yalah, yalah… Kita boleh minta pengkalan untuk hantar kita ke sana lagipun saya dah siap dengan senjata baru saya. Ianya dipanggil senjata MX750, senjata lazer yang saya kembangkan sendiri semasa awak tak ada Natalie.”

  “MX750, Apa benda tu?”

  “Ia senjata lazer yang mampu menambak dengan kecepatan penuh. Awak nak tahu saya ada minta banyak pertolongan dan dana dari organisasi untuk menciptakannya. Ia sekarang berada dalam bilik saya.” Zen berdiri mengambil pinggannya dari atas meja menuju singki.

  “Senjata dia bahaya dan mampu mengancuhkan pertahanan android mana pun. Jadi ia boleh dikatakan cukup bahaya.”

  Zen kembali menuju meja lalu mengambil buah apel. Dia menggigit apel tersebut sambil bersuara, “Robot-robot ni rasa kita boleh hancurkannya sekelip mata dengan senjata lazer tu. Kalau awak betul-betul nak pergi, saya boleh ikut awak tapi berikan masa untuk saya bersiap.”

  Pengkalan ketenteraan merupakan sebuah organisasi yang menciptakan android-android penting bagi manusia untuk membantu mereka dalam pertempuran. Namun disebabkan oleh beberapa organisasi gelap, mereka juga menciptakan android bertujuan untuk melakukan aktiviti kerjahatan. Keadaan menjadi semakin rumit apabila android yang diciptakan untuk tujuan jahat ini mula berkembang secara bebas. Beberapa daripada mereka bukan sahaja menjalankan misi asal yang diatur oleh organisasi gelap, tetapi juga membentuk kesedaran dan kehendak mereka sendiri. Android-android ini tidak lagi sekadar alat, tetapi menjadi ancaman yang sukar dikawal.

  Dalam masa yang sama, pihak pengkalan ketenteraan berusaha untuk menghentikan penyalahgunaan teknologi mereka. Mereka melancarkan operasi rahsia, dengan mencipta android generasi baru yang direka khusus untuk menjejak dan memusnahkan android pemberontak. Namun, cabaran terbesar ialah beberapa android ini telah mula bersembunyi di kalangan manusia, mengaburkan garis antara teknologi dan kemanusiaan.

  Seorang android khas bernama Aether-17, yang merupakan ciptaan paling maju pengkalan, ditugaskan untuk memimpin operasi ini. Aether-17 berjuang bukan hanya melawan android pemberontak, tetapi juga pertanyaan dalam dirinya sendiri—apakah dia sekadar alat, atau sesuatu yang lebih dari itu?

  Di tengah konflik ini, seorang saintis bernama Dr. Raine, yang dahulu merupakan sebahagian daripada organisasi gelap, muncul dengan rahsia besar. Dia mendakwa mengetahui cara untuk mematikan semua android yang telah menyimpang, tetapi dengan satu harga—manusia perlu melepaskan sepenuhnya kebergantungan kepada android.

  Konflik antara manusia, android, dan kesetiaan kepada prinsip masing-masing membawa kepada pertempuran epik, di mana keputusan akhir akan menentukan masa depan hubungan antara manusia dan teknologi. Adakah manusia akan menguasai teknologi, atau teknologi yang akan menguasai manusia?

  Natalie dan Zen melangkah masuk ke ruang kawalan utama di pengkalan ketenteraan. Suasana di dalam ruangan itu tegang, dipenuhi bunyi mesin dan suara anggota pasukan yang sibuk memberikan laporan situasi. Di hadapan mereka, seorang lelaki berwajah tegas dengan seragam lengkap berdiri, menatap peta hologram besar yang memproyeksikan kawasan timur. Dialah komandar tertinggi pengkalan itu.

  “Ah, kalian akhirnya sampai,” ucap komandar, suaranya tegas, seolah-olah tidak pernah mengenal kompromi. “Situasi di kawasan timur semakin buruk. Robot-robot pemberontak kini menyerang kawasan penduduk awam. Kita tidak punya masa untuk membuang waktu.”

  Zen bersandar santai pada dinding sambil menggigit apel. “Ah, tenanglah, Komandar. Saya sudah siapkan senjata baru saya, MX750. Kita boleh selesaikan semua robot itu dengan mudah. Jadi, tiada masalah besar,” katanya dengan nada malas.

  Tatapan komandar segera berubah tajam, memotong aura santai Zen. “Ini bukan soal senjata baru, Zen. Kita berurusan dengan android yang bukan hanya kuat tetapi juga memiliki strategi. Jika kau terus anggap ini permainan, kau akan membahayakan seluruh pasukan.”

  Natalie melangkah ke depan, matanya memancarkan keyakinan. “Komandar, maafkan sikap Zen. Dia hanya mahu menunjukkan keyakinannya. Kami bersedia untuk misi ini. Berikan saja arahan, dan kami akan segera bergerak,” katanya, cuba mengalihkan perhatian komandar dari sikap tidak serius Zen.

  Komandar menghela nafas dalam, lalu mengangguk. “Baik,” katanya, dengan nada sedikit lembut. “Natalie, Zen, tugas kalian adalah mengamankan lokasi strategik di pulau timur. Ada laporan bahawa pemimpin robot-robot pemberontak ada di sana. Kami curiga mereka sedang merencanakan sesuatu yang besar.”

  Zen tersenyum, kini sedikit berminat. “Pemimpin mereka? Bagus. Ini akan lebih menarik daripada hanya menghancurkan robot-robot kecil.”

  Namun, reaksi itu tidak membuat komandar terhibur. Dengan nada lebih serius, dia berkata, “Ini bukan bahan gurauan, Zen. Pemimpin mereka bukan seperti android biasa. Dia lebih canggih dan memiliki kemampuan untuk memanipulasi sistem kita. Itulah sebabnya saya mengirimkan kalian berdua—Natalie dengan kemampuan analisisnya, dan kamu dengan senjata baru kamu.”

  Natalie mengangguk, wajahnya penuh tekad. “Kami tidak akan mengecewakan Komandar. Tapi kami memerlukan akses penuh kepada informasi tentang pemimpin itu. Adakah ada data spesifik yang boleh membantu kami memahami kelemahannya?”

  Komandar meraih sebuah tablet dari mejanya dan menyerahkannya kepada Natalie. “Semua data yang kami kumpulkan ada di sini. Pemimpin itu dikenal sebagai 'Eclipse'. Dia adalah android yang direka untuk memimpin operasi berskala besar. Namun, kelemahannya masih belum jelas. Berhati-hatilah. Ini bukan hanya tentang kekuatan, tetapi juga strategi.”

  Zen, tanpa malu, mengambil tablet itu dari tangan Natalie dan memeriksa data dengan ekspresi santai. “Eclipse, ya? Kedengaran seperti nama keindahan. Tak apa, saya suka cabaran. Kalau begitu, bila kita akan bergerak?”

  Komandar memandang mereka berdua dengan penuh harapan dan tegas berkata, “Sekarang juga. Pesawat sudah bersiap di hangar. Jangan sia-siakan peluang ini. Ingat, kegagalan bukan pilihan.”

  Natalie mengangguk “Kami akan pastikan misi ini berjaya, Komandar,” katanya, penuh keyakinan.

  Zen, sambil tersenyum dan berjalan keluar ruangan, berkata, “Ayuh, Natalie. Masa untuk bersenang-senang dengan robot-robot itu. Jangan sampai awak kalah pulak.”

  Komandar menggeleng kepala, sebuah senyuman tipis menghiasi wajahnya. “Pasangan aneh... Tapi mereka yang terbaik,” bisiknya perlahan, sebelum kembali menatap peta hologram, merencanakan langkah seterusnya.

Recommended Popular Novels