home

search

Chapter 23 Kelab Tarian

  HARI KEDUA PULUH TIGA

  Aku terbangun dari tidur. Rupanya aku terlelap sehingga tidak sedar bila aku tertidur. Aku menyapu muka dan melihat ke arah pedang itu.

  "Oh, ya lah! Aku kena bagitahu mereka tentang pedang ni," bisikku sendirian. Kemudian aku berdiri dan mula mengemas katil. Selepas bersiap, aku membuka pintu bilikku dan melangkah keluar. Apabila aku melewati bilik Kai, aku perasan pintunya masih terkunci seperti biasa.

  Di kelas, semuanya berjalan seperti biasa. Ada yang datang awal, ada yang lambat, ada yang kelihatan mengantuk, dan ada juga yang bertingkah aneh. Tidak lama kemudian, Kai tiba di kelas. Wajahnya jelas menunjukkan keletihan. Dia berjalan perlahan ke tempat duduknya dan terus memandang ke luar tingkap. Aku memerhatikannya dengan penuh hairan.

  Semasa guru sedang mengajar, aku perasan Kai seperti terlelap di mejanya.

  "Kenapa dengan Kai?" bisik hati kecilku.

  Ketika waktu rehat, aku menghampiri Kai untuk bertanya tentang keadaannya pagi ini.

  "Kai, kau okey ke?"

  Dia menguap besar. "Tak ada apa," jawabnya dengan suara lemah. "Sebenarnya, semalam aku habiskan masa mencari maklumat tentang Raimundor, Team Seven, dan juga sekolah permata mutiara. Tak lupa tentang si bertopeng tu."

  Jelas sekali Kai tidak tidur semalaman. Aku terus bertanya tentang video yang pernah kami bincangkan sebelum ini.

  "Eh, Kai, macam mana dengan video Atirah dan rakaman yang tergendala tu?"

  Kai kelihatan seperti hampir terlelap lagi.

  "Kai!" panggilku sedikit kuat.

  "Hah? Apa dia?" Dia terkejut, matanya sedikit terbuka.

  Aku mengulangi soalan tadi.

  "Oh, video dan rakaman tu," katanya perlahan. "Entahlah, video Atirah tu memang susah nak dibaiki. Rakaman yang tergendala pula, nampaknya memang akan kekal tergendala."

  Melihat keadaan Kai yang masih kelihatan letih, aku memutuskan untuk tidak mengganggunya lebih lama. Aku meninggalkannya dan menuju ke kelab muzik untuk bertanya khabar dengan rakan-rakan lain.

  Selapas waktu pembelajaran. Di kelab musik semua orang sedang sibuk menciptakan lagu. Aku membuka pintu.

  "Haikal, berhenti buat perangai boleh tak?" kata Lili yang marah-marah pada Haikal.

  Aku berasa pelik bila melihat mereka, lalu aku menutup pintu dan berpura-pura tak nampak apa-apa. Aku cuba mencari Azmi untuk bertanyakan tentang Raimundor. Aku mencarinya di kelab misteri yang sekarang ni dibubarkan. Aku memegang pintu dan membukanya. Aku melihat sekeliling bilik, seperti tidak ada sesiapa di dalamnya. Aku menutup kembali. Apabila selesai menutup pintu, Anis menegurku.

  "Bukan ke kita kena berada di kelab musik ke?" Aku melihat ke arahnya.

  "Oh! Awak rupanya Anis. Apa awak buat di sini?"

  Dia berjalan mendekati ku. "Saya kesini untuk mencari awak lah."

  "Kenapa?" tanya ku.

  "Haaisss, kelab musik lah. Mereka sedang sibuk membuat lagu dan awak pula asik sibuk dengan kelab lama ni."

  Aku melihat pintu bilik. "Kelab ni adalah asal usul saya berjaya sampai kesini."

  "Huh?"

  "Dah mari pergi." Aku terus memegang tangan Anis dan terus berjalan menuju ke kelab musik. Dalam perjalanan aku bertanya kepada dia tentang Raimundor. "Anis! Saya dengar Raimundor adalah kawan lama awak yang bersekolah bersama awak di sekolah permata mutiara dulu." Aku memandangnya. "Betul ke?"

  Dia memandang ke arah lantai. "Macam mana awak tahu?" Dia melihat ku. "Dah sudah tak ada apa yang perlu kita bincangkan. Jom pergi kelab musik." Dia terus melintasiku dan terus menuju ke kelab musik.

  'Raimundor dan Hakimi.' 'Azmi dan kawan-kawannya.' 'Raimundor dan Team Seven.' Apa kaitan diantara kesemuanya? Tanya aku yang berdiri di koridor.

  (Kematian Raimundor) Dalam fikiran ku, aku cuba menghubung kaitkan kesemua hubungan itu.

  Aku berjalan secara tiba-tiba aku tergelincir dan jatuh. "Hati-hati nak. Lantai ni licin." Aku mengangkat kepala ku lalu menggosokkannya sambil berkata. "Ya, baiklah pak cik lain kali saya berhati-hati."

  Aku membuka mata dan melihat pak cik itu. "Haah? Kamu?" Kata pak cik yang terkejut melihat ku. Tak lama kemudian kami bersembang berdekatan koridor dan kelab musik.

  "Apa yang kamu sedang buat sekarang?" Tanya pak cik itu kepada aku.

  "Sekarang? Sekarang saya sedang membuat lagu untuk majlis yang akan diadakan sempena bulan baru. Kenapa?"

  Pak cik itu merenggankan kaki nya. "Tak ada lah. Macam mana dengan Amiliya sekarang?"

  "Amiliya baik-baik sahaja," balasku dengan tenang.

  "Ooo, kamu tentu pelajar yang istimewa kan? Kamu dapat hadapi pelbagai rintangan yang ada. Kalau saya jadi kamu, saya akan masuk bilik dan tidur tak melakukan apa-apa."

  Aku melihat pak cik itu. "Pak cik tahu tentang apa yang saya hadapi?"

  Stolen from its original source, this story is not meant to be on Amazon; report any sightings.

  "Dah tentu lah. Pak cik kan kawan rapat dengan ibu Amiliya jadi dah tentulah pak cik rapat dengan pengetua."

  Jadi pak cik itu kawan pengetua.

  "Eh! Pak cik. Saya nak tanya kalau pak cik rapat dengan pengetua kenapa pengetua tak tahu apa yang berlaku di sekolah ini?"

  Pak cik itu senyum. "Pihak sekolah sentiasa tahu mengenainya, cuma mereka diam."

  "Kenapa?"

  Pak cik itu berdiri dan menyambung kerjanya. "Kamu akan tahu tak lama lagi."

  Pintu kelab dibuka.

  "Ooo, di sini kau Hazrul," ujar Lili dengan nada geram. Dia melangkah masuk dengan pantas dan menarik telingaku. Aku hanya mampu mengerang perlahan ketika dia mengheret aku masuk ke dalam Kelab Muzik. Telingaku mula merah kemerahan.

  "Baiklah, semua ahli dah ada. Siapa yang akan menyanyi dalam acara itu?" soal Lili tegas sambil melipat tangan di dada.

  "Saya boleh menyanyi, tapi saya malu bila berada di atas pentas," kata Riko dengan nada malu-malu.

  "Saya hanya pandai main gitar, tapi tak pandai nyanyi," sahut Rika sambil memetik gitar kecil di tangannya.

  "Saya pandai tiup lilin, tapi tak pandai tiup seruling," tambah Alif sambil tersengih, membuatkan semua orang merenungnya tajam.

  "Kalau yang tu tak payah lah bagitauuuu," balas Lili dengan mata mencerlung.

  "Janganlah marah, Lili. Nanti cepat tua," gurau Riko sambil tertawa kecil.

  "Betul tu, Lili," sokong Rika dengan senyuman nakal.

  Amiliya pula sedang termenung memikirkan lagu yang sesuai dengan keadaan majlis itu. Atifah sibuk membuat nada dengan serulingnya, cuba mencari melodi yang unik. Anis, di sudut lain, seperti sedang mengasah kemahirannya bermain alat muzik sambil tersenyum puas.

  Aku, Hazrul, hanya duduk di kerusi tanpa berbuat apa-apa. Fikiran aku melayang, memikirkan kemungkinan kelab kami kalah dalam acara tersebut. "Mungkin kelab kami tak ada harapan," fikirku sambil merenung ke lantai.

  Tiba-tiba, pintu bilik kelab terbuka.

  "Awak semua, cuba tengok ni," kata Haikal sambil melambai. Dia mengajak kami ke bilik tarian di Akademi Putra.

  Kami semua menurut, walaupun hati sedikit berat. Sebaik tiba di bilik tarian, kami melihat ahli Kelab Tarian sedang berlatih dengan penuh semangat, sambil dibantu oleh Kelab Komputer. Salah seorang ahli Kelab Komputer melihat kami dan tersenyum.

  "Ahh, kamu semua ya. Jemputlah masuk," katanya dengan ramah.

  Kami saling berpandangan, kemudian melangkah masuk dan mencari tempat duduk di tepi bilik.

  "Baiklah, memandangkan Kelab Muzik sudah berada di sini, kami ingin menunjukkan bakat sebenar Kelab Tarian Akademi Putra. Lampu!" seru seorang pelajar dari Kelab Tarian dengan penuh semangat.

  Lampu bilik terpadam, dan sekumpulan ahli Kelab Tarian mula berkumpul di atas pentas kecil. Kelab Komputer memainkan sebuah lagu rancak, dan apabila lampu menyala semula, tarian mereka pun bermula. Gerak tarian mereka selaras dengan irama lagu, mencerminkan latihan yang sungguh teliti.

  Aku terpaku melihat persembahan mereka yang semakin hebat. Lili, di sebelahku, mula menunjukkan riak cemburu. Haikal yang duduk tidak jauh dariku, menoleh ke arah Alif dengan senyuman nakal.

  "Hei, Alif. Dalam banyak-banyak wanita di atas sana, mana satu yang paling cantik?" bisik Haikal sambil ketawa kecil.

  "Aku tak tahu, tapi aku nak lihat mereka semua," jawab Alif dengan mata bersinar-sinar.

  Aku mengabaikan perbualan mereka, fokus kepada tarian yang semakin rancak. Apabila lagu berakhir, ahli Kelab Tarian tunduk sambil mengelap peluh. Atifah memuji usaha mereka dengan ikhlas.

  "Tarian yang sangat hebat," katanya sambil tersenyum lebar.

  "Terima kasih kerana hadir untuk menyaksikan tarian kami," balas salah seorang ahli Kelab Tarian, masih termengah-mengah.

  Alif kelihatan terpikat dengan salah seorang daripada mereka, manakala Amiliya memberikan tepukan penuh semangat. Haikal pula sibuk mengambil gambar persembahan mereka untuk dijadikan kenangan.

  Namun, Lili tiba-tiba bangun dengan wajah marah, lalu berjalan keluar dengan langkah tergesa-gesa menuju ke bilik Kelab Muzik. Aku hanya mampu menghela nafas panjang, sudah dapat mengagak apa yang bakal terjadi seterusnya.

  Apabila kami berada di bilik musik, Lili mula marah-marah dan segera menghasilkan lagu.

  Rika bertanya, "Kenapa ni Lili?"

  Riko berkata, "Mungkin Lili cemburu dengan mereka."

  Amiliya cuba menenangkan Lili, tapi tidak berhasil. Kemudian Alif berkata, "Woi woi! Ada yang hilang. Siapa nampak Anis?"

  "Saya tak tahu lah mana dia," kata Atifah.

  Dalam kekalutan itu, kami terdengar irama gitar diiringi dengan lagu. Kami terhenti seketika dan mendengar lagu itu. Lagu itu seperti yang dinyanyikan oleh Anis sewaktu aku memecah masuk asrama perempuan.

  {Lirik: Siang dan malam saling bergantian. Tiada bayangan tanpa sinar cahaya. Aku tertanya dari mana asal usul kejadian ini. Adakah ada orang yang akan datang menyelamatkan ku. Aku melihat ke arah kamu. Benar. Hanya kamu satu-satunya orang yang masih ada.

  (Lagu semakin rancak)

  Kau bagi ku harapan di saat aku dalam kegelapan. Dan aku berharap agar aku sentiasa berada di sisi mu. Bila aku melihat pada mata mu. Aku dapat rasakan dunia akan berubah. Berubah kepada hari yang baik dimana kita akan jalaninya bersama.}

  Lagu itu berhenti dengan perlahan. "Dari mana datangnya lagu itu?" Tanya Alif. Aku mendekati pintu dapur kelab tersebut dan membukanya.

  Aku melihat Anis yang sedang memegang gitar. Dia seperti merenung akan sesuatu. Aku mengetuk pintu lalu berkata, "Lagu yang merdu." Aku duduk di tepinya. "Kenapa awak tak bagitau saya yang awak pandai main gitar."

  Anis membalasnya, "Sudah agak lama saya tidak bermain gitar. Saya hampir lupa caranya."

  Lili melihat kami berdua. "Baikkkkk.... Kita akan gunakan lagu Anis sebagai pertunjukan kita dan penyanyinya ialah awak... Anis," kata Lili sambil menunjukan jarinya kepada Anis.

  Kami perasan seseorang sedang mencuri dengar perbualan kami lalu Alif membuka pintu. Pakcik yang aku jumpa tadi terjatuh di antara pintu.

  "Aduh! Huh?" (Dia berdiri.)

  "Lagu yang menarik. Pakcik teringin mendengarnya semula."

  "Pak Abuuuu!!!" kata mereka semua.

  "Apa? Kamu semua sudah kenal dengan pak cik ini?" Tanya aku sambil terkejut.

  "Pisss..." Pak cik itu memberikan isyarat tangan berbentuk V.

  Kami menjemput pakcik itu masuk ke dalam kelab kami.

  "Ahhh!! Sedapnya air ini. Oogg? Kamu pun ada juga Amiliya?"

  "Ya," jawab Amiliya.

  Aku melihat mereka berdua seperti sudah berbaik semula. Pakcik itu bertanya pada Anis tentang lagunya tadi.

  "Lagu kamu merdu sekali. Kenapa kamu tidak menggunakannya pada hari acara itu?"

  "Ya, kami akan guna. Dan penyanyinya ialah Anis," kata Lili sambil melihat Anis. Anis seperti merenung sesuatu.

  Aku terus memuji Anis. "Betul tu Anis. Bukan ke awak nak jadi idola terkenal? Jadi ini ialah peluang awak."

  "Tapi saya takut, saya akan buat silap apabila berada di atas pentas."

  "Ala silap sikit je! Orang takkan perasan punyalah. Muka pucat macam hantu pun orang tetap tak nampak," kata Haikal.

  "Haikal, itu tak membantu langsung!" bisik Alif kepada Haikal.

  Anis memikirkannya dan berkata, "Baik! Saya akan buat sebaik mungkin bila berada atas pentas. Saya harap dengan lagu ini, saya akan jadi terkenal."

  Aku gembira melihat harapan Anis. Dalam gelak tawa itu, aku melihat jam tanganku. Seperti aku sudah lambat untuk belajar pedang dengan Max.

  "Maaf, semua. Aku harus pergi ke sesuatu tempat."

  Aku berlari menuju ke padang sekolah dan apabila sampai, kelihatan tiada siapa-siapa di sana. "Anehnya! Mungkin Max merajuk sebab aku tak datang." Aku berpusing ke belakang dan pulang ke asrama.

  Dalam perjalanan, aku berjumpa dengan Saiful. Saiful menegurku.

  "Kau memang suka kan pedang, kan? Aku nampak kau berlatih pedang dengan seseorang."

  "Oh! Aku tak perasan pula. Sejak bila kau tahu?"

  "Cukup lama. Lagipun Azmi telah menceritakan segalanya tentang kau kepadaku dan apa yang telah kau hadapi selama ini."

  Aku terfikirkan tentang Raimundor.

  "Hey, Saiful! Adakah kau kenal Raimundor?"

  "Ya, tapi Raimundor pernah berpesan kepada Azmi supaya jangan menceritakan apa-apa tentangnya kepada mereka. Aku tidaklah rapat sangat dengan dia," balas Saiful.

  Saiful mengambil beg lalu berjalan pergi.

  "Nanti! Aku ada soalan lagi."

  Dia memandang ke arahku.

  "Mungkin lain kali aku dengar soalan kau." Dia terus pergi meninggalkan aku.

  Burung-burung pun lalu di atas aku.

Recommended Popular Novels