home

search

Chapter 24 Azmi dan Ros

  Hari Kedua Puluh Empat

  Pagi itu aku melangkah ke bilik Kai. Aku mengetuk pintu perlahan sebelum masuk. "Kai? Kau di dalam?" Suaraku cuba menembusi suasana senyap biliknya. Aku mendekati katilnya dan melihat Kai sedang berselimut tebal.

  "Oh, Hazrul! Maaflah, aku rasa kurang sihat hari ini. Aku tak dapat pergi ke kelas." Wajahnya pucat, tetapi dia masih cuba tersenyum.

  Aku mengangguk kecil, memahami keadaannya. Sebelum aku keluar, Kai tiba-tiba bersuara. "Hazrul, boleh tak kau sampaikan pada cikgu yang aku demam? Aku takut mereka risau kalau aku tak hadir."

  Aku menghela nafas perlahan. "Kalau aku beritahu mereka, mungkin mereka akan lebih risau, Kai."

  Kai tersenyum tipis, tetapi tak membantah. Aku menutup pintu biliknya dengan hati-hati sebelum bertemu Max yang muncul tiba-tiba.

  "Kenapa kau tak muncul semalam?" tanyanya terus.

  "Aku datanglah, cuma kau saja yang tak ada," jawabku selamba.

  "Jangan buat alasan. Sebenarnya kau datang lambat, kan?" sindirnya.

  "I... iya," jawabku perlahan sambil menundukkan kepala.

  Dalam diam, fikiranku teralih kepada pedang yang diberikan oleh sang bertopeng.

  "Max? Aku ada sesuatu nak tunjukkan pada kau."

  Aku membawa Max ke bilikku. Dengan hati-hati, aku mengeluarkan pedang tersebut dari tempat persembunyiannya.

  Max terpegun seketika sebelum bertanya, "Dari mana kau dapatkan pedang ini?"

  "Sang bertopeng yang memberikannya kepadaku. Kenapa? Adakah ini sama dengan pedang ketua kau?" soalku ingin tahu.

  Max memandangku dengan pandangan serius. "Ya," jawabnya jujur. "Ini pedang Raimundor."

  Aku terdiam, terkejut mendengar kenyataannya.

  Jam locengku tiba-tiba berbunyi, mengingatkan bahawa pagi telah benar-benar bermula.

  "Tentu sang bertopeng menjumpai pedang ini," kata Max, memeriksa ukiran pada bilah pedang itu.

  "Baiklah, kau boleh simpan pedang ini. Gunakan hanya bila benar-benar perlu. Tapi hati-hati, Hazrul. Kerana pedang ini, ramai yang sudah terbunuh," pesan Max sebelum melangkah keluar dari bilikku.

  Aku berdiri lama memandang pedang itu, memikirkan beban yang datang bersama kehadirannya.

  Aku berjalan menuju ke kelas seperti biasa. Dalam perjalanan, aku ternampak Husnah yang sedang menolong Justin mengangkat beberapa kotak. Aku menghampiri mereka dengan rasa ingin tahu.

  "Hey, apa yang kamu berdua buat?" tanyaku sambil memandang kotak-kotak yang bersusun.

  "Oh, Hazrul! Kami sedang membuat persiapan untuk majlis hujung bulan ni," jawab Husnah dengan senyuman kecil.

  "Apa? Seawal ini? Bukan ke masih ada seminggu lagi sebelum majlis tu diadakan?" soalku sambil mengerutkan dahi.

  "Ya, memang seminggu," balas Husnah, lalu Justin menyambung, "Tapi kalau kita tak bersiap awal, majlis boleh jadi kacau-bilau, macam dulu."

  "Dulu?" tanyaku, semakin tertarik.

  "Ya, sebelum kau masuk Akademi Putra lagi," jawab Justin sambil tersenyum kelat. "Keadaan masa tu... huru-hara. Jadi lebih baik kita bersedia awal."

  "Baiklah," kataku sambil meletakkan beg ke tepi. "Apa yang perlu aku buat?"

  Kami bertiga menghabiskan masa menyiapkan persiapan majlis itu. Selepas semuanya selesai, aku dan Husnah berjalan bersama menuju ke kelas.

  Dalam perjalanan, kami berbual santai tentang hari-hari yang telah kami lalui di akademi ini. Dari pengalaman hari pendaftaran hingga ke saat ini.

  "Aku nak tanya sesuatu," kataku memecah kesunyian seketika. "Macam mana kau boleh kenal Justin?"

  Husnah tersenyum, mengimbas kembali kenangan lama. "Aku dan Justin dah lama kenal. Masa tu Natsumi yang tolong aku dengan satu masalah. Justin kebetulan datang berjumpa dengan Natsumi. Dari situlah aku mula kenal dia."

  Aku mengangguk perlahan, kagum dengan hubungan persahabatan mereka. "Natsumi memang selalu membantu orang, kan?"

  "Betul," balas Husnah, senyumannya tidak lekang. Kami meneruskan perjalanan, berbual tentang pelbagai perkara kecil yang mengisi hari-hari kami di Akademi Putra.

  Setibanya aku di pintu kelas, aku membuka pintu perlahan-lahan. Bunyi engsel pintu yang sedikit berdecit tidak mengganggu suasana. Kelihatan rakan sekelasku sedang sibuk membersihkan kelas bersama-sama.

  Aku berjalan ke tempat dudukku, meletakkan beg di atas kerusi. Belum sempat aku duduk, Haikal segera menghampiriku.

  "Hazrul! Kau tahu kenapa Kai tak datang hari ni?" tanyanya dengan wajah penuh ingin tahu.

  Aku mengangguk kecil. "Dia demam. Sebab tu dia tak hadir hari ni," jawabku ringkas.

  Berita itu segera menarik perhatian rakan-rakan yang lain.

  "Demam? Eh, kita boleh pergi melawat dia tak?" tanya seorang lagi, sambil memandangku dengan penuh harapan.

  Dayana, yang berdiri di sebelah, menyuarakan ideanya. "Saya boleh tengokkan demam Kai dan carikan sesuatu untuk membantunya sembuh."

  Aku cepat-cepat cuba menenangkan mereka. "Alaa, demam sikit je. Bukannya serius pun. Kai cuma perlukan rehat. Tak perlu risau sangat."

  Mereka mula mengangguk perlahan, tetapi aku tahu mereka benar-benar peduli. Aku tersenyum kecil melihat betapa eratnya hubungan antara rakan-rakan di Akademi Putra ini. Sekolah ini memang istimewa, dengan semangat persahabatan yang kukuh di kalangan pelajarnya.

  Waktu rehat, aku menuju ke kelab muzik. Di dalam, suasana penuh dengan kesibukan. Semua ahli kelab sibuk mencipta lagu masing-masing, setiap orang fokus pada tugas mereka.

  Lili, ketua kelab muzik, berusaha dengan gigih memastikan hasil kerja kami sempurna. Namun, Haikal, seperti biasa, sedang mengusiknya.

  "Pergi main jauh nuh, Haikal!" jerit Lili dengan nada kesal.

  "Tak nak," balas Haikal sambil tersengih.

  Anis, yang berdiri di sebelahku, mengeluh sambil memandang mereka. "Mereka memang selalu macam ni ke?"

  Aku tersentak sedikit. "Anis! Terkejut saya," balasku sambil menarik nafas lega.

  Kami berdua melihat suasana di dalam kelab. Aku bertanya kepada Anis tentang perkembangan muzik yang sedang dikerjakan.

  "Macam mana dengan muziknya, Lili?" tanya Anis, mengalihkan pandangan kepada ketua kelab.

  "Semuanya baik-baik saja," jawab Lili dengan penuh keyakinan. "Alif sedang mencari piano yang sesuai untuk lagu ini. Amiliya pula sibuk membuat pakaian persembahan kami. Riko bermain drum dan cuba menggabungkan melodi dengan lagu, sementara Rika sedang menyiapkan intro lagu menggunakan gitarnya."

  The author's content has been appropriated; report any instances of this story on Amazon.

  Lili memandangku dengan serius. "Memandangkan pemain gitar kita cuma seorang, kami nak awak main gitar juga."

  Aku terkejut. "Aku?"

  "Ya, lah," jawab Lili tegas.

  "Tapi aku ada kerja lain yang perlu diselesaikan, dan aku tak rasa aku boleh main gitar. Lagipun, Anis lebih tahu pasal gitar berbanding aku," kataku sambil memandang Anis, berharap dia akan membantuku keluar dari situasi ini.

  Lili meletakkan tangannya di pinggang, memandangku dengan sinis. "Kalau macam tu, apa tujuan awak datang ke kelab ni sebenarnya?"

  Kata-kata Lili membuatkan aku terkedu seketika. Aku memandang sekeliling, melihat usaha gigih ahli-ahli kelab lain, dan mula rasa sedikit bersalah.

  Tamat waktu pelajar, aku perlu membantu Husnah mempersiapkan alatan untuk majlis. Kami bekerja hingga senja, memastikan setiap persiapan hampir selesai.

  Selepas semuanya selesai, kami berehat di taman, menikmati angin petang yang nyaman. Husnah duduk di bangku, mengeluh kecil sambil mengelap peluh di dahinya.

  "Haiss, sikit lagi nak siap," katanya sambil tersenyum lelah.

  Aku memandangnya, rasa ingin tahu tiba-tiba timbul. "Husnah, kenapa kau selalu tanya pasal cinta?" tanyaku, nada serius.

  Dia terhenti seketika, kemudian menjawab sambil tersenyum kecil. "Tak ada apa-apa pun. Cuma saya teringin dengar cerita dari orang yang bercinta, nak tahu bagaimana rasanya."

  Matanya bercahaya ketika dia mula bercerita. "Hey, Hazrul. Aku pernah baca sebuah buku berjudul Cinta Alam Remaja. Dalam cerita itu, mereka yang bercinta sanggup melakukan apa saja demi cinta mereka. Tapi aku selalu tertanya-tanya, kenapa mereka sanggup buat macam tu?"

  Aku berfikir sejenak sebelum menjawab. "Oh, saya tak pasti. Tapi mungkin sebab hati mereka dah terlalu sayang. Bila dah sampai tahap tu, mereka sanggup buat apa saja untuk lindungi perasaan tu."

  Dia mengangguk perlahan, kemudian menyambung dengan nada lebih ceria. "Sebenarnya, saya suka tengok anime. Dalam anime yang saya tonton, watak-watak selalunya bercinta sejak usia muda dan melalui pelbagai rintangan. Memang romantik. Kadang-kadang saya harap dalam kehidupan sebenar, saya dapat rasakan pengalaman macam tu."

  Aku terdiam sejenak, memandang wajahnya yang kelihatan termenung. Dalam hati, aku berkata, "Husnah, kau memang sedang mencari erti cinta yang sebenar, kan?"

  Kami duduk di taman itu untuk beberapa ketika, berbual tentang perkara ringan sebelum akhirnya pulang, membawa bersama fikiran masing-masing.

  Kemudian, Max datang menghampiriku. "Oit! Disini kau rupanya. Mari!" katanya, sambil mengheret tanganku. Husnah, yang kebetulan melihat kami, menegur. "Nanti! Ke mana awak berdua nak pergi?"

  Aku menjawab sambil tersenyum sedikit. "Saya sebenarnya cuba belajar pedang."

  Husnah kelihatan tertanya-tanya. "Boleh saya ikut bersama?"

  Max mengangguk dengan ceria. "Apa salahnya?"

  Kami pun berjalan menuju ke tempat latihan. Sesampainya di sana, Max segera mengajarkan beberapa pergerakan pedang yang mematikan. Aku berusaha menghafal satu persatu gerakan yang diajarkan, sedia untuk melaksanakannya dengan sempurna. Husnah pula hanya duduk di tepi, memerhatikan kami berlatih.

  Latihan pun bermula. Aku mengingatkan diri untuk melakukan gerakan yang telah diajarkan oleh Max dan cuba menyerang. Serangan pertamaku gagal. Begitu juga dengan serangan kedua dan ketiga. Aku semakin tegang, namun terus berusaha.

  Husnah hanya duduk diam dan memberikan tumpuan kepadaku. Tiba-tiba, Ros yang sedang duduk di sudut mula berkata, "Kau tak payah lah bersungguh sangat."

  Husnah memandang Ros dan menjawab dengan nada pelik. "Mereka sedang berlatih tentang perkara asas. Kenapa awak kelihatan risau? Seperti awak risaukan Hazrul."

  Ros terkejut, kemudian menjawab dengan cepat, "Apa? Mana ada, awak salah faham ni."

  Ros memandang Husnah sejenak, sebelum mengalihkan pandangannya dan meneguk air dari botolnya.

  Kemudian, Ros mengusik dengan senyum nakal. "Awak seperti sukakan dia," katanya sambil tersenyum nakal.

  Husnah terdiam, wajahnya berubah sedikit merah. Dia cuba untuk tidak menunjukkan perasaannya, namun aku boleh merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ros terus menggoda dengan senyuman penuh makna, membuatkan suasana menjadi sedikit janggal.

  "Lagi, Hazrul. Kau jangan cepat berputus asa." kata Max, sambil memaksa aku untuk terus berlatih. Peluh membasahi tubuhku, namun aku tetap berusaha sekuat hati.

  "Hahaha, budak lembab tu memang lembab kan?" Husnah memandang budak kecil yang sedang duduk minum air bersama Ros dan Miya. "Cik Muda, sejak bila awak berada di sini?" tanya Ros, masih tidak percaya.

  Cik Muda meminum airnya dan menjawab dengan selamba, "Cuba tengok si bebal itu. Dia berusaha gigih walaupun lemah."

  Ros segera menegur budak itu dengan nada lembut, "Lemah? Awak silap, Cik Muda. Budak itu tidak lemah. Dia cuma belum tahu sepenuhnya kemampuan dirinya. Apabila dia sedar, barulah dia akan mengerti segalanya."

  Husnah yang mendengar percakapan mereka, masih kelihatan bingung. "Apa maksud mereka sebenarnya?" bisik Husnah pada diri sendiri, tidak begitu faham dengan apa yang sedang dibincangkan.

  Setelah beberapa lama berlatih, aku terbaring di atas padang sambil menghembuskan nafas lega. "Syukurlah latihan sudah tamat," aku berkata dengan suara yang sedikit keletihan.

  Max menyimpan pedangnya, sambil tersenyum. "Esok kita akan berlatih dengan pedang yang sebenar."

  "Apa?" tanyaku terkejut. "Pedang yang sebenar?"

  "Ya," jawab Max dengan serius. "Sia-sia kalau Sang Bertopeng memberikan pedang itu kepada kau, tetapi kau tak pandai menggunakannya. Besok, bawakan pedang itu ke sini. Kita akan berlatih menggunakannya."

  Aku terdiam, memikirkan kata-kata Max. Rasanya seperti ada banyak yang perlu aku pelajari sebelum aku benar-benar mampu menguasai pedang yang diberikan itu.

  Aku mengeluh dan memandang ke arah tempat Husnah duduk. Tak lama selepas itu, Husnah datang menghampiriku. Dia kelihatan prihatin dan bertanya tentang keadaanku selepas berlatih.

  "Awak tak apa-apa?" tanyanya, sambil memerhatikan aku yang kelihatan keletihan.

  Aku mengangguk sedikit, lalu Husnah melanjutkan pertanyaannya. "Tapi kenapa awak harus bermain pedang? Apa yang sebenarnya berlaku?"

  Aku terdiam sebentar, mencari kata-kata yang tepat. Akhirnya, aku menjawab, "Husnah, sebenarnya... saya cuba belajar seni bela diri. Itu sahaja."

  Husnah kelihatan sedikit bingung. "Tapi, apa maksud Max dengan 'pedang sebenar' itu?"

  Aku tahu, untuk menjelaskan semuanya, aku harus jujur pada Husnah. Aku menarik nafas panjang sebelum berkata, "Husnah, sebenarnya saya harus belajar menggunakan pedang sebelum hari terasing tiba."

  "Hari terasing?" Husnah bertanya dengan penuh persoalan. "Apa itu?"

  Aku menggosok kepalaku, agak keliru sendiri dengan beratnya kata-kata yang terkeluar. "Dah... Cuma itu sahaja yang saya boleh bagitahu awak."

  Husnah terdiam sejenak, memikirkan penjelasanku. Aku tahu, dia pasti ingin lebih tahu, tapi aku tak boleh memberitahunya lebih dari itu.

  Apabila aku cuba pulang ke asrama, aku sempat singgah di kelab muzik, dan nampaknya tiada sesiapa di sana maka aku beredar ke tempat lain. Apabila sampai di kawasan lorong, aku terhenti sejenak di lorong. Aku terdengar perbualan antara Ros dan Azmi tanpa diketahui mereka. Dari kedudukan aku yang agak tersembunyi, aku dapat mendengar suara mereka dengan jelas.

  "Kau tak payah campur tangan dalam urusan SCI," kata Ros dengan nada tegas.

  Aku cuba mengintip dari celah pintu lorong, berusaha untuk memahami apa yang sedang mereka bincangkan. Azmi menjawab, "Kau tidak boleh melakukan perkara yang sama kepada Anis."

  Ros membalas dengan lebih keras, "Kau fikir kami akan cuba rosakkan dia? Tidak! Kami mahu memulihkannya semula."

  Aku dapat merasakan ketegangan dalam suara mereka. Azmi berkata dengan serius, "Anis telah melihat pelbagai seksaan. Dia mungkin tidak sanggup untuk dijadikan bahan ujian lagi."

  Ros menepis pendapat Azmi. "Kau silap! Anis akan percayakan kami. Sebab ada orang yang dia percaya. Dan orang itu menyuruhnya untuk menjalani semula ujikaji yang pernah dia lakukan."

  Perbualan mereka semakin menjadi semakin misteri. Ros bergegas pergi selepas itu, meninggalkan Azmi yang masih berdiri di situ. Azmi, dengan nada yang lebih rendah dan penuh peringatan, memberikan pesanan terakhir. "Jikalau pengganas merosakkan semula hasil ujian itu seperti mereka lakukan di markas mereka dulu, kita mungkin tidak mampu membuat apa-apa."

  Ros tidak kelihatan ragu sedikit pun, malah menjawab dengan tegas, "Jangan risau. Kami telah ketatkan kawalan itu."

  Aku mengeluh perlahan, berfikir tentang apa yang aku baru saja dengar. Aku tahu, ada banyak rahsia yang sedang tersembunyi, dan sepertinya aku baru sahaja terjebak dalam urusan yang jauh lebih besar daripada yang aku sangka.

  Aku berlari dengan penuh rasa cemas, fikiran ku terus berputar tentang apa yang baru sahaja aku dengar dari perbualan Ros dan Azmi. Semua itu terasa semakin rumit. Kenapa mereka begitu terdesak untuk melakukan ujian DNA pada Anis? Dan apa kaitannya dengan beg yang mengandungi data ubat tersebut yang berada di dalam Blok 7?

  Setibanya di bilik asrama, aku terus mencari Kai. Pintu biliknya terbuka sedikit, dan aku tanpa ragu membukanya dan bertanya, "Kai! Adakah kau menjumpai sesuatu yang penting?"

  Kai melihat aku dengan pandangan bingung, dan bertanya, "Kenapa?"

  Aku tak mampu lagi untuk menyembunyikan kebimbangan ku. "Kai, cuba kau selidik apa yang akan dilakukan oleh SCI pada Anis."

  Kai mengerutkan dahi. "Kenapa kau beria-ria ni? Aku tak faham lah."

  Aku terus bercerita tentang apa yang aku dengar antara Ros dan Azmi. "Anis akan melakukan ujian DNA di sekolah ini bersama dengan si penjubah."

  Kai terkejut. "Apa? Mereka tidak ada akal ke? Jika mereka lakukan itu sekarang, hasilnya sama seperti markas SCI. Mereka tahu ke yang si penjubah berada di sekolah ini dan sedang diperhatikan?"

  Aku mengangguk, merasakan ada sesuatu yang besar yang sedang berlaku. "Kai! Aku mula rasa ada sesuatu yang pelik. Kenapa mereka mahu menjalankan ujian DNA terhadap Anis?"

  Kai diam sejenak, kemudian menjawab dengan serius. "Jawapannya mudah sahaja. Mereka mahu menciptakan NPV hasil dari orang yang telah berjaya melakukannya. Ada yang janggal. Kenapa mereka mahu membina NPV sedangkan beg yang mengandungi data ubat tersebut berada di dalam Blok 7."

  Perbualan itu menggugah fikiranku. Aku teringat kata-kata Justin dan Natsumi tentang beg itu, yang jelas menunjukkan kepentingannya. "Jika mereka berjaya menangkap Anis, mereka tidak memerlukan beg itu lagi, tapi untuk melakukannya, mereka memerlukan alatan yang ada pada beg tersebut."

  Ada sesuatu yang besar yang sedang dipersiapkan oleh SCI. Aku merasakan perlu untuk mendalami perkara ini lebih dalam lagi. "Aku akan pergi berjumpa Azmi besok," kataku, tekad. "Aku perlu tahu lebih banyak tentang apa yang mereka rancang dan apa kaitannya dengan Anis dan beg itu."

  Kai mengangguk, seolah-olah menyedari bahawa pertemuan dengan Azmi esok akan membawa lebih banyak jawapan kepada teka-teki ini.

Recommended Popular Novels