Aku fikir aku bakal mati di sini. Bunyi derap langkah robot yang semakin menghampiri dan dentuman pertarungan di sekeliling membuatkan aku menggigil ketakutan. Aku menutup mata, berharap segalanya akan berakhir dengan selamat.
Ketika robot itu mengangkat tangannya untuk memukulku, satu jeritan lantang tiba-tiba bergema dari arah kiri.
"Jangan sentuh Hazrul! Jangan sesekali kamu semua sentuh dia!!"
Aku membuka mata dan melihatnya. Itu Anis. Tetapi dia kelihatan berbeza—begitu jauh daripada dirinya yang aku kenali.
Dengan sebuah rantai panjang di tangannya, dia melibas robot yang memegang aku. Robot itu pecah berkeping-keping dan rebah ke tanah. Robot-robot lain mula menyerangnya tanpa henti, tetapi Anis dengan lincah memusnahkan setiap satu daripadanya.
Aku meniarap di atas tanah, menghembus nafas lega. Suara dentingan rantai dan bunyi kerosakan memenuhi udara. Aku memerhatikan Anis yang bertarung dengan gagah, menghancurkan robot-robot itu satu persatu tanpa sedikit pun rasa gentar.
Ketika pertarungan berakhir, dia melangkah ke arahku. Pandangan matanya tajam, tubuhnya penuh darah, dan rantai di tangannya masih bergoyang. Rupa dia tidak seperti Anis yang aku kenal—aku mula rasa takut.
Aku mengundur diri perlahan-lahan. Namun, Anis berdiri tegak di depanku, memandangku dengan mata bersinar. Rantai di tangannya mula bergerak seolah-olah hidup. Aku yakin dia akan mencederakan aku, tetapi tidak. Dia hanya menyimpan rantai itu di pinggangnya.
"Awak Hazrul, kan?" dia bertanya dengan nada serius.
Aku menatapnya tanpa kata. Dia mengulang soalan itu, kali ini dengan senyuman sinis.
"Awak nampak macam Hazrul... cuma bezanya, dia tak sepucat awak."
Jantungku berdegup kencang, hampir meletup. Aku tergamam melihat Anis. Dia tidak seperti dirinya. Dia menghulurkan tangannya.
"Mari, biar saya bantu awak."
Dengan ragu-ragu, aku cuba menyambut tangannya, tetapi dari arah tepi, seekor makhluk besar tiba-tiba menyerangnya. Anis melompat ke belakang, cuba menahan serangan itu.
Makhluk itu kini berdiri di hadapanku dengan kayu besar di tangannya. Pandangan matanya seperti menusuk jiwa. Aku mula panik, tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Makhluk itu mengangkat kayunya untuk memukul aku. Dengan sisa keberanian, aku meluncur ke bawah tangannya, mengelak pukulan itu. Serangannya meleset, dan aku kini berada di belakangnya. Namun, ia segera menoleh sambil mengangkat kayunya lagi.
Aku terpaku, yakin ini penghujung hidupku. Tetapi sebelum kayu itu mengenai aku, seseorang meluru ke arah makhluk tersebut. Aku melihatnya.
Itu Azmi, dan di tangannya adalah pedang berkilauan—pedang burung emas. Dengan satu hayunan tajam, dia menyerang makhluk itu, membuatnya rebah ke tanah.
Namun, makhluk itu tidak mudah dikalahkan. Ia bangkit semula dengan raungan ganas.
"Azmi, hati-hati! Makhluk itu menyerang lagi!" aku menjerit memberi amaran.
Azmi segera menahan serangan makhluk itu dengan pedangnya. Tetapi kekuatannya semakin lemah. Dia terjatuh, pedangnya tergelincir dari tangan, dan makhluk itu mendekatinya sambil mengangkat kayunya.
Dalam detik genting itu, Max muncul entah dari mana dan menghalang serangan kayu itu dengan senjatanya sendiri.
Pertarungan mereka tidak berakhir dengan mudah. Makhluk itu mengundurkan diri ke belakang sedikit, langkahnya berat tetapi masih bersiap untuk melawan. Max berdiri di tepi Azmi, wajahnya tegang tetapi matanya menunjukkan keyakinan.
"Weh! Kau okay tak?" tanya Max sambil menjeling Azmi yang masih berdiri sambil memegang pedangnya.
Azmi mengangguk perlahan, mengatur nafas sebelum menjawab. "Aku okay... tapi Anis..." Dia memandang ke arah Anis yang terbaring tidak sedarkan diri di atas tanah.
Max meletakkan tangannya di bahu Azmi, memberikan sokongan. "Dia akan okay. Tubuh dia kebal dari serangan makhluk ini. Aku pernah tengok dia hadapi yang lebih teruk."
Azmi menarik nafas panjang, cuba meyakinkan dirinya. Max memberi arahan, suaranya tegas.
"Yang penting sekarang, kita kena tumpaskan makhluk ini. Fokus!"
Mereka berdua bersiap sedia untuk menghadapi makhluk itu sekali lagi. Azmi mengetatkan genggamannya pada pedang burung emas, sementara Max melangkah ke depan, tubuhnya seperti perisai.
Aku pula memerhatikan Anis yang masih terbaring di atas tanah. Aku melangkah perlahan mendekatinya, hati penuh kebimbangan. "Anis... awak tak apa-apa, kan?" bisik aku perlahan, walaupun aku tahu dia tidak mampu mendengar.
This narrative has been unlawfully taken from Royal Road. If you see it on Amazon, please report it.
Pertarungan antara Max, Azmi, dan makhluk itu semakin sengit. Suara dentingan pedang dan raungan makhluk bergema, membuatkan aku berasa tidak keruan.
Dengan kerjasama yang sempurna, Max dan Azmi melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah makhluk tersebut. Azmi menghentak pedangnya ke tanah, menghasilkan gelombang yang menggoyahkan makhluk itu. Max pula menyerang dari sisi, menahan setiap serangan makhluk dengan senjatanya.
Makhluk itu mengaum kuat, tanda kelemahannya semakin jelas. Namun, sebelum mereka sempat melancarkan serangan terakhir, ia melarikan diri ke dalam hutan, meninggalkan suasana sunyi seketika.
Max menghentikan langkahnya, memandang ke arah makhluk yang sudah menghilang. "Dia sempat lari... tapi dia takkan selamat lain kali."
Azmi menurunkan pedangnya, nafasnya berat. Dia memandang Max. "Kau rasa dia akan datang balik?"
Max mengangguk perlahan. "Pasti. Tapi kita akan bersedia."
Aku, yang masih di sisi Anis, memandang mereka berdua. Suasana tegang itu kini beransur tenang, tetapi hati kecilku tahu ini bukan penghujungnya. Aku memandang wajah Anis yang tenang dalam ketidaksedaran, berharap dia segera pulih.
Max dan Azmi meluru ke arahku, wajah mereka penuh dengan kebimbangan.
"Macam mana dengan Anis?" tanya Azmi, nada suaranya tegang.
"Dia akan okay," balas Max, cuba menenangkan keadaan. Namun, dia tidak kelihatan begitu yakin.
Sebelum kami sempat bercakap lebih lanjut, bunyi derap logam mula bergema di sekeliling kami. Aku menoleh dan melihat barisan robot bergerak menghampiri, mata mereka bersinar merah, dan senjata terpacak di tangan.
"Robot semakin banyak!" jerit Max, bersiap sedia dengan senjatanya.
Azmi segera mengeluarkan pedang burung emasnya, matanya tajam memandang robot-robot yang mengepung kami. Dia mengambil posisi, bersedia untuk bertarung.
"Kita kena hancurkan mereka sebelum mereka serang dulu!" tegas Azmi.
Tanpa membuang masa, Max dan Azmi menyerang robot-robot itu. Namun, ketika mereka melancarkan serangan pertama, sesuatu yang aneh berlaku. Kesemua robot tiba-tiba berhenti bergerak, dan dalam sekelip mata, mereka jatuh ke tanah dengan bunyi hentakan logam yang berat.
Max berdiri terpaku, kehairanan jelas di wajahnya. "Heh? Apa yang terjadi?" tanyanya, memandang ke arah Azmi yang juga kelihatan bingung.
Di tengah kekeliruan itu, suara gelak ketawa tiba-tiba kedengaran melalui alat komunikasi di telinga Azmi.
"Haha! Aku dah berjaya menggodam kesemua robot itu!" Suara itu milik Kai, ceria seperti biasa.
Azmi tersenyum kecil. "Syukurlah," balasnya dengan nada lega, menurunkan pedangnya.
Tidak lama selepas itu, aku melihat dua figura yang familiar berlari ke arah kami. Ros dan Jojo tiba dengan wajah risau, pandangan mereka terus ke arah kami bertiga.
"Wehh! Kamu semua okay ke?" tanya Ros, suaranya sedikit tergesa-gesa.
Max mengangguk. "Ya, kami semua okay. Tapi bukan Anis."
Mendengar itu, Azmi melangkah ke arahku dan memandang Anis yang masih terbaring di tanah. Wajahnya dipenuhi kerisauan. Aku menatap Azmi, rasa takut dan bersalah menghantui fikiranku.
"Kau rasa Anis akan baik-baik saja ke?" tanyaku dengan suara yang hampir berbisik.
Azmi menarik nafas panjang, kemudian menggeleng perlahan. "Aku... aku tak tahu," balasnya dengan jujur.
Max, Jojo, dan Ros mendekati kami, memandang Anis dengan penuh kebimbangan. Max, yang cuba memberikan semangat, menepuk bahu Azmi.
"Dia akan baik-baik saja. Percayalah." kata Max, nadanya penuh keyakinan walaupun hatinya mungkin bimbang.
Aku memandang wajah Anis yang kelihatan tenang tetapi tidak sedarkan diri. Harapan kami kini terletak pada dia untuk pulih, sementara kami perlu bersedia menghadapi apa sahaja yang akan datang.
Kai mendengar sesuatu yang mencurigakan dan segera memberi amaran kepada kami. "Hati-hati! Ada sesuatu yang sedang menuju ke arah kami semua!" suaranya terkejut namun jelas.
Kami semua menoleh, dan tiba-tiba terdengar bunyi dari atas pokok yang berdekatan. Kami semua berhenti sejenak, berjaga-jaga.
"Anis akan okay." Suara itu datang dari seorang yang bertopeng, wajahnya tersembunyi dalam bayang-bayang.
Kami terkejut apabila sang bertopeng itu melemparkan sesuatu ke arah Azmi. Dengan pantas, Azmi menangkapnya dan memeriksa isi kandungannya. "Anti biotik Sel?" Azmi membacanya dengan ragu, jelas terkejut.
Azmi cuba bertanya kepada sang bertopeng yang sudah siap beredar, "Dari mana kau..." tetapi sebelum soalan itu selesai, sang bertopeng menghilangkan diri, bagaikan kabus yang lenyap begitu saja.
Tanpa berlengah, Azmi terus memberi ubat tersebut kepada Anis, yang terbaring di atas tanah. Wajahnya pucat, namun ada harapan yang baru muncul di mata kami.
Lama kelamaan, Anis mulai menunjukkan tanda-tanda kesedaran. Dia membuka matanya perlahan-lahan, melihat kami satu persatu, seolah-olah baru sahaja keluar dari kegelapan. Kami semua bersorak kecil, lega.
Anis kelihatan lebih baik, namun tatapannya menjadi gelisah apabila matanya bertemu dengan pandangan Team Seven. Dengan cepat, dia mula panik.
"Kenapa ni, Anis?" tanya Azmi dengan penuh keprihatinan.
"Lepaskan saya, Azmi! Kerana mereka lah Raimundor mati!" jerit Anis, suara penuh dengan emosi yang bercampur-campur.
"Apa?" Azmi terkejut mendengar tuduhan itu.
Max segera menegakkan diri, mempertahankan mereka. "Bukan kami. Raimundor sendiri yang berkorban untuk kami."
"Dia melindungi kita semua, melindungi dunia ini," tambah Jojo, cuba menenangkan keadaan.
Ros yang mendengar itu segera mengangkat suara. "Anis, sebenarnya kamu ditipu. Kita semua ditipu oleh Joker."
Anis terdiam, matanya terbuka luas seakan baru menyedari sesuatu yang besar. "Jadi itu semua hanya bohongan?" tanyanya, jelas bingung.
"Ya." jawab Ros, menegaskan kebenaran yang pahit.
Azmi melihat ke sekeliling, mencari-cari tanda-tanda lain. "Di mana Joker?" tanyanya, hampir memeriksa setiap sudut.
Max menjawab dengan ragu, "Entah lah. Masa aku tengah lawan dengan dia, sang bertopeng datang. Dia menyuruh aku untuk pergi menyelamatkan kau, Azmi."
Setelah itu, kami semua memutuskan untuk berjalan pulang menuju Akademi Putra. Perjalanan kami terasa panjang, namun kelegaan dan harapan baru terasa menyelubungi hati kami.
Di sepanjang jalan, kami melihat matahari yang sedang terbit di cakrawala. Warna-warna keemasan dan merah muda mengisi langit.
"Wahh! Cantiknya!" kata Anis, sambil dipapah oleh Azmi.
"Ya, memang cantik kan?" Azmi menjawab, matanya memandang jauh ke arah matahari yang terbit dengan penuh ketenangan.
Max menatap matahari itu dan tiba-tiba teringat sesuatu. "Pemandangan ini... sama macam kerajaan tu, kan?" tanyanya, memandang Ros.
"Ya, hampir sama." Ros membalas, senyum nipis terukir di wajahnya, seakan mengenang sesuatu yang lebih dalam.
Aku melihat mereka semua, perasaan gembira memenuhi hati. Gembira melihat Anis yang kini kembali bersama kami, kembali kepada kami dengan senyuman dan harapan yang baru.
Kami berjalan bersama di bawah cahaya matahari pagi yang menyinari kami, membawa harapan baru dan melepaskan segala kegelapan yang pernah menghantui kami. Kini, kami lebih kuat, lebih bersatu.