home

search

Chapter 31 Karnival

  HARI KETIGA PULUH SATU

  Kami pulang menuju ke Akademi Putra dengan langkah yang lelah namun penuh kelegaan. Suasana di akademi terasa tenang, seolah-olah beban berat yang menghimpit selama ini telah diangkat. Kesemua askar kerajaan yang sebelum ini dipukau kini telah sedar, wajah mereka memancarkan kekeliruan bercampur lega.

  Ketua SCI menyambut kami di pintu masuk, pandangan tajamnya seperti menyelidik setiap inci diri kami. "Apa yang terjadi?" tanyanya, nada suaranya tegas namun tidak menghakimi.

  Max melangkah ke hadapan, menarik nafas dalam sebelum mula menceritakan semua yang telah berlaku. Setiap kata yang keluar dari mulutnya penuh dengan kesungguhan, menggambarkan detik-detik mendebarkan yang baru sahaja kami lalui. Setelah mendengar penjelasan Max, Ketua SCI mengangguk perlahan, tanda dia memahami situasi kami.

  "Anis, pergi ke bilik rawatan sekarang," arah Ketua SCI tanpa ragu. Anis segera menurut, langkahnya tergesa-gesa menuju ke arah yang ditunjukkan.

  Ketua SCI kemudian memalingkan perhatian kepada Azmi, lebih tepat lagi kepada pedang burung emas yang berada di tangannya. Matanya memandang pedang itu dengan rasa ingin tahu yang jelas, sebelum akhirnya beralih ke arahku.

  "Hazrul, jagalah pedang ini dengan baik," katanya, suaranya lebih lembut namun penuh makna. Dia tidak menunggu balasanku dan terus berjalan pergi, meninggalkan kami di situ.

  Ros menarik nafas panjang sebelum bersuara, "Fuhh! Leganya, semuanya dah selesai."

  Namun, Jojo segera membantah. "Tapi bukan semuanya. Masih ada hari terasing. Bila hari tu tiba, mereka akan lakukan apa saja untuk mendapatkan NPV itu."

  Kata-kata Jojo membuatkan suasana kembali tegang. Aku memandangnya dengan kerutan di dahi, lalu bertanya, "Kenapa tidak letakkan NPV itu jauh dari Akademi ini? Bukankah itu lebih selamat?"

  Ros memandangku dengan wajah serius, nada suaranya menunjukkan betapa beratnya keputusan yang perlu diambil. "Ya, memang kami ingin lakukannya. Tetapi tidak ada bilik kebal lain selain Blok 7 ini."

  Max mencelah, "Jadi kami fikir ia akan lebih selamat jika berada di sini."

  Ros mengangguk kecil sebelum menyambung, "Tetapi tak. Kami terpaksa mencari tempat yang lebih sesuai untuk menyimpannya." Dia berkata sambil melangkah pergi, langkahnya penuh dengan kebimbangan yang jelas kelihatan. Jojo mengikutinya tanpa berkata apa-apa, diikuti oleh Max yang turut kelihatan termenung.

  Aku memanggil Max, "Max, macam mana dengan latihan kita?"

  Max berhenti seketika, menoleh ke belakang dengan senyuman kecil. "Bukan kau ada kelas ke pagi ni!"

  Aku terpaku sejenak sebelum menjawab, "Oh, ya juga lah," balasku sambil menggaru kepala, sedikit malu dengan kelalaianku.

  Sebelum aku sempat melangkah pergi, suara Azmi menahan langkahku. "Nanti dulu, Hazrul!"

  Aku berhenti dan memandangnya dengan rasa ingin tahu. "Ada apa, Azmi?"

  Dia berjalan mendekatiku, langkahnya perlahan namun penuh tekad. Dengan hati-hati, dia mengangkat pedang burung emas itu dan menghulurkannya kepadaku. Mata kami bertemu seketika sebelum dia berkata, "Aku dapat rasakan pedang ini tidak suka bila orang lain menggunakannya."

  Nada suaranya serius, membuatkan aku segera menerima pedang itu. "Jaga pedang ini sebaik mungkin," katanya lagi sebelum berbalik dan berlalu pergi, meninggalkan aku berdiri bersama pedang tersebut.

  Aku memandang pedang itu dengan perasaan bercampur-baur. Permukaannya bersinar di bawah cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap. Bisikanku perlahan namun cukup untuk didengar oleh diriku sendiri. "Pedang yang memilih orang untuk memakainya?"

  Aku seperti mengingati sesuatu apabila memegangnya. Dalam bayanganku, aku melihat seseorang sedang tidur dalam cahaya putih yang lembut dan memukau. Wajahnya kabur, namun ada rasa tenang yang membelai hati. Aku membuka mata dengan nafas terhenti, tertanya-tanya siapakah orang itu.

  Matahari pagi menyinar hangat, menyentuh kulitku dan kawasan sekitar Blok 7. Aku memandang jam tangan di pergelangan, dan terkejut mendapati aku sudah lewat untuk ke kelas. Tanpa berlengah, aku mula berlari menuju ke asrama yang terletak jauh dari tempatku berada sekarang.

  Angin pagi menyapa wajahku ketika aku memecut menerusi taman dan Blok 2, langkahku pantas dan bersemangat. Akhirnya, setelah tenaga hampir habis, aku tiba di asrama. Nafasku tercungap-cungap ketika aku berjalan menuju pintu bilik.

  Aku membuka pintu perlahan-lahan, berharap tidak mengejutkan sesiapa. Namun, pandangan pertama yang menyambutku ialah Aiman yang masih lena di atas katil, berselimut hingga ke bahu. Aku mendekatinya lalu mengejutkannya. "Hey Aiman! Kau tak bangun lagi!"

  Aiman menggeliat kecil sebelum membuka matanya perlahan. "Ohh, kau Hazrul! Ada apa kejutkan aku pagi-pagi ini?" tanyanya sambil menarik selimut lebih rapat.

  "Cepatlah! Kita dah lambat untuk pergi ke kelas ni!" jawabku cemas.

  Namun, Aiman hanya menguap dan berkata, "Bukan ke cikgu kata hari ni cuti, kan?"

  "Apa?" balasku, terkejut dan bingung.

  Aiman hanya tersenyum malas sebelum menyambung, "Tulah. Semalam kau pergi mana? Hah!" dia menyoal sambil mula duduk di atas katil.

  "Aku?" Aku tergagap, cuba mencari alasan.

  Aiman mengangkat kening, senyuman sinis menghiasi wajahnya. "Tentu ada kaitan dengan Kelab Misteri tu, kan?" Tanpa menunggu jawapanku, dia menyelubungi dirinya semula. "Dah lah! Aku nak tidur."

  Aku hanya mampu berdiri memandangnya. Ya, aku tahu mereka semua sudah tahu tentang penglibatanku. Tapi persoalannya, adakah mereka sedar bahawa sekolah ini sedang menghadapi masalah besar? Soalan itu bergema di fikiranku, seperti bayangan yang enggan hilang.

  Aku menghela nafas panjang sebelum melangkah keluar, membiarkan Aiman dengan tidurnya.

  Aku membuka pintu bilikku dan melangkah keluar, mengambil keputusan untuk meronda kawasan sekeliling. Udara pagi terasa segar, bercampur dengan aroma pokok-pokok yang basah selepas embun malam. Suasana di kantin asrama kelihatan biasa sahaja. Pelajar-pelajar sibuk dengan sarapan masing-masing, berbual santai tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda kebimbangan.

  Aku cuba bertanya kepada beberapa pelajar tentang peristiwa semalam, tetapi reaksi mereka sama sahaja. Tidak ada seorang pun yang tahu apa-apa. Kelihatannya SCI telah bertindak pantas untuk menyorokkan segala bukti dan menjaga rahsia daripada tersebar. Perasaan janggal mula menyelubungi fikiran aku, namun aku cuba untuk tidak menunjukkannya.

  Selepas selesai bersarapan, aku berjalan menuju ke padang sekolah. Padang yang luas terbentang di hadapan aku, dihiasi oleh kehijauan rumput yang memukau mata. Aku memilih untuk duduk di bangku penonton, membiarkan pandangan aku tertumpu ke arah gelanggang bola yang kosong. Langit hari ini cerah, matahari bersinar lembut, namun hati aku masih diselubungi kebimbangan. Aku tertanya-tanya tentang keadaan Justin dan Anis. Adakah mereka sudah pulih? Atau masih terlantar tidak sedarkan diri?

  Dengan tekad untuk mendapatkan jawapan, aku berdiri dan terus menuju ke bilik rawatan

  Di bilik rawatan, aku membuka pintu perlahan-lahan. Cahaya matahari yang masuk dari tingkap memancar lembut, menerangi ruang yang tenang itu. Pandangan aku segera tertumpu kepada dua figura di dalam bilik. Anis kelihatan sudah pulih, duduk di tepi katil dengan wajah yang lebih segar. Namun, Justin masih lagi terbaring, matanya terpejam rapat seolah-olah tenggelam dalam mimpi yang panjang.

  Aku memanggil Anis keluar dari bilik rawatan untuk berbual. Kami duduk di kerusi menunggu di luar bilik.

  "Anis! Awak dah sembuh?" tanyaku, cuba memberikan senyuman yang menenangkan.

  Anis mengangguk perlahan, tetapi riak wajahnya tetap keruh. "Ya, saya rasa lebih baik. Tapi…" Dia mengeluh perlahan sebelum menyambung, "Entah kenapa, saya tak ingat dengan jelas apa yang terjadi semalam. Apa yang saya ingat cuma waktu saya keluar dari kelab muzik. Selebihnya kabur."

  Aku mengangguk perlahan. "Mungkin awak mengalami amnesia sementara," kataku sambil bersandar di kerusi, memandang ke arah lantai.

  Anis tiba-tiba menegur. "Hey, Hazrul!" Aku berpaling ke arahnya.

  "Teruk sangat ke saya semalam?" tanyanya, suaranya perlahan namun sarat dengan kebimbangan.

  Aku cuba memahami maksudnya. "Teruk yang macam mana tu?"

  Dia mengeluh lagi. "Entah. Saya rasa… Saya mudah ditipu, kan?"

  Pandangan matanya tajam, merenung ke lantai seolah-olah mencari jawapan di sana. Sebelum aku sempat menjawab, suara lain mencelah.

  "Sudah-sudahlah. Apa yang terjadi, biarkan saja," kata Justin yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu bilik rawatan. Wajahnya kelihatan letih, tetapi dia memaksakan senyuman kecil.

  Aku terkejut melihatnya. "Justin! Kau okey tak?"

  Dia mengangguk sambil berjalan ke arah kami. "Aku okey. Cuma sakit sikit saja," balasnya sebelum mengalihkan perhatian kepada Anis. "Anis, kau tahu tak apa yang Raimundor katakan sebelum dia menghilangkan diri?"

  Anis mengangkat wajahnya, memandang Justin. "Apa yang dia cakap?"

  Justin menarik nafas panjang sebelum menyambung. "Sebelum dia menghilang ke dalam cahaya, dia berpesan kepada kita semua: 'Janganlah kita berputus asa dengan mudah. Jika kita kalah, itu bukan bermakna kita tewas, tetapi satu pengajaran untuk bangkit semula.'"

  Kata-kata Justin membawa suasana hening seketika. Anis akhirnya tersenyum kecil, seolah-olah kata-kata itu menyentuh hatinya. "Jadi itu yang dikatakan oleh Raimundor."

  Aku tiba-tiba mendapat idea. "Oh, Anis! Bukankah hari ini ada konsert? Awak nyanyikanlah lagu yang dinyanyikan Raimundor dulu. Biar semua orang dengar dan rasa semangatnya."

  Anis kelihatan terkejut, tetapi dia segera tersenyum. "Baiklah. Saya akan nyanyikan lagu itu. Terima kasih, Hazrul. Dan Justin, terima kasih juga kerana memberikan semangat kepada saya."

  Dia berdiri, melangkah pergi dengan senyuman di wajahnya. Aku dan Justin hanya memerhatikan, puas hati melihat dia kembali ceria.

  Aku berpaling kepada Justin. "Kau ni hebatlah dalam memberi kata-kata semangat. Dari mana kau belajar?"

  Justin tersenyum kecil. "Raimundor yang mengajarkan aku. Sudahlah, aku perlu bersiap untuk konsert itu."

  Dia berjalan pergi, meninggalkan aku bersama fikiranku sendiri. Cahaya pagi terasa lebih terang, seolah-olah membawa harapan baru untuk kami semua.

  Aku berjalan di sekitar koridor Akademi Putra. Dalam perjalanan, aku melihat Kai seperti baru keluar dari bilik mesyuarat. Aku segera menegurnya. "Kai! Apa yang berlaku?" tanyaku sambil mendekat.

  Kai menoleh ke arahku, matanya sedikit terkejut sebelum dia tersenyum. "Oh! Kau, Hazrul."

  Aku berdiri di depannya, memasang wajah serius. "Kenapa mereka memanggil kau ke sana?" tanyaku lagi.

  Kai menghela nafas ringan, lalu mula berjalan. Aku mengikut di sebelahnya. "Mereka menyuruh aku menyiapkan sesuatu," balasnya tanpa banyak ekspresi.

  "Apa yang kau siapkan?" tanyaku dengan penuh ingin tahu.

  This tale has been unlawfully lifted without the author's consent. Report any appearances on Amazon.

  Kai berhenti, lalu mengeluarkan sesuatu dari beg kecilnya. Dia mengangkat benda itu, memperlihatkannya padaku. "Ini!" katanya dengan nada santai.

  Mataku membesar. "Itu kan... bom!" seruku sedikit terkejut.

  Kai mengangguk sambil menyimpan kembali benda itu ke dalam begnya. "Ya, mereka menyuruh aku membuat sejenis bom yang diberi nama Pemecah Global. Bom ini dirancang untuk merosakkan teknologi, termasuk robot-robot itu."

  Aku terpaku, merasa antara kagum dan ngeri mendengar penjelasannya. "Kau tak lakukan apa-apa ke hari ini?" tanya Kai tiba-tiba, memecah lamunanku.

  "Tak," jawabku jujur.

  Kai tersenyum kecil. "Baguslah."

  "Kenapa pula bagus?" tanyaku dengan nada curiga.

  "Tak ada apa-apa," jawab Kai dengan misteri sebelum kami melanjutkan perjalanan.

  Kami akhirnya sampai di bilik musik. Kai membuka pintu dan melihat ke dalam. Di dalam, pemandangan yang kami lihat membuat kami berdua kebingungan.

  Lili sedang marah-marah kepada Haikal, entah kerana apa. Sementara itu, Alif dengan selambanya tidur di sudut ruangan. Atifah kelihatan sibuk menyiapkan alat musik di meja kecil di pojok. Riko dan Rika hanya berdiri di belakang, menonton kejadian itu dengan wajah bingung.

  "Kelab musik ke apa ni? Tak ada semangat langsung," ujar Kai sambil menggelengkan kepala.

  Aku menahan tawa kecil sebelum Kai menutup pintu. Namun, tak lama kemudian, pintu kembali terbuka. Seorang siswa dari kelab tarian melangkah masuk dengan wajah penuh percaya diri.

  "Hah, kau! Apa yang kau buat di sini?" tanya Lili dengan nada tajam.

  Siswa dari kelab tarian itu menyeringai sinis. "Aku cuma mahu melihat kelab musik ini aja. Dan nampaknya memang seperti yang aku sangkakan. Kamu semua seperti tak bersedia untuk malam ini."

  Ejekannya membuat suasana makin tegang.

  "Ooo, berlagak ya kau," balas Lili dengan geram.

  "Terserah apa kau mahu kata. Yang penting, aku sudah nampak pemenangnya. Iaitu kami, kelab tarian." Siswa itu tersenyum tipis sebelum menutup pintu dengan tenang.

  Lili, yang sudah di ambang kesabaran, spontan melempar kasutnya ke arah pintu. Namun, lemparannya hanya mengenai udara kosong. "Tenanglah, Lili. Kita masih ada peluang untuk menang," pujuk Atifah dengan nada lembut, berusaha menenangkan suasana.

  Lili menghela napas panjang, cuba mengendalikan emosinya.

  "Saya sudah siap membetulkan lagu ini," kata Atifah sambil memegang sebuah alat pemutar musik.

  Kai mengambil tempat duduk di sudut ruangan, bersandar dengan santai.

  Lili, yang kini tampak lebih tenang, berdiri di depan dan memandang semua orang di ruangan. "Baiklah, kita akan mulakan latihan selepas ini. Tapi sebelum itu..." Lili mengambil kasut satunya lagi, lalu melemparkannya dengan tepat ke arah Alif yang masih tidur nyenyak.

  "Aduh!" jerit Alif, terbangun dengan kaget. Dia segera mengambil posisi seperti mahu bertarung. "Apa? Siapa? Nak lawan ke?"

  Melihat itu, Lili tersenyum puas. "Kena juga akhirnya!"

  "Kau rupanya," gerutu Alif sambil duduk kembali, menggaru kepala.

  "Tak ada masa nak tidur-tidur lagi, Alif! Latihan bermula sekarang!" tegas Lili, membuat semua orang bersiap-siap untuk memulakan latihan.

  Kelab musik mula memulakan latihan mereka dengan semangat, walaupun suasana awal agak berantakan. Kai, yang biasanya lebih suka bekerja sendirian, turut membantu kali ini. Di sudut ruangan, Anis sibuk melembutkan suaranya dengan meneguk air putih, sementara Haikal tak henti-hentinya mengambil gambar setiap detik yang berlaku, seolah-olah dia sedang mendokumentasikan sejarah.

  Namun, seperti yang dijangka, latihan pertama berjalan kurang lancar. Riko, dengan nada sinisnya, memberikan komentar pedas. "Lemah. Kalau macam ni, kita memang tak ada peluang langsung malam ni," katanya sambil menggeleng.

  Walau begitu, semangat mereka tak luntur. Kami teruskan latihan kedua, ketiga, dan seterusnya. Setiap kali mencuba, mereka mulai menunjukkan peningkatan, meskipun perlahan-lahan.

  Kai, yang sejak tadi diam memerhatikan, akhirnya menghela nafas panjang. Dia memijat pelipisnya, jelas terganggu dengan suasana kacau. "Aku keluar sebentar. Pening tengok gelagat korang semua," katanya sebelum berlalu keluar dari bilik musik.

  "Baiklah, sekali lagi!" seru Lili dengan tegas, menatap semua orang dengan penuh keyakinan.

  Aku turut membantu semampuku, meski aku sama sekali tidak mahir bermain alat musik. Sebagai gantinya, aku menolong dengan membuat air untuk mereka.

  Tak lama kemudian, pintu diketuk. Kami semua menoleh ke arahnya. "Maaf, terlambat," kata Husnah dengan wajah sedikit malu.

  "Ohh! Datang juga awak, Husnah. Cepat tolong kami berlatih!" seru Lili dengan senyum lega.

  "Baiklah," balas Husnah sambil meletakkan begnya.

  Latihan terus berlanjut, dan semakin lama lagu mereka terdengar semakin baik. Aku merasa puas melihat usaha dan dedikasi mereka.

  Setelah beberapa jam, aku memutuskan untuk keluar sebentar untuk mengambil angin. Aku merasa tubuhku mulai kelelahan setelah semalaman tidak tidur. Kadang-kadang, rasa mengantuk yang berat menyelimuti fikiranku.

  "Maaf, aku nak berehat sebentar di asrama," kataku kepada mereka.

  Mereka hanya mengangguk, memahami keadaanku. Setelah mendapatkan izin, aku melangkah keluar dan menuju ke asrama.

  Setibanya di bilik asrama, aku membuka pintu dan langsung menuju ke katil. Tanpa banyak pikir, aku terjun ke atas tilam yang empuk. Tubuhku terasa sangat letih, dan sebelum aku sempat menyadarinya, mataku tertutup rapat, dan aku terlelap dengan tenang.

  Siang bertukar menjadi malam dengan cepat, seolah-olah masa berlalu tanpa amaran.

  Majlis malam itu dimulakan dengan penuh kemeriahan. Cahaya lampu neon menghiasi persekitaran, memantulkan warna-warna ceria ke wajah para tetamu dan pelajar yang hadir. Bunyi ketawa, derai muzik, dan hiruk-pikuk gerai memenuhi udara.

  Aku berjalan bersama Aiman, menelusuri barisan gerai yang menawarkan pelbagai permainan dan hadiah menarik. Bau manis gula-gula kapas bercampur dengan aroma popcorn hangat menambahkan lagi suasana karnival.

  "Hazrul! Cuba tengok tu!" panggil Aiman, menunjuk ke arah sebuah gerai kecil yang dihiasi poster warna-warni. Aku mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjuknya. "Itu kan... patung mainan!" balasku sambil tersenyum.

  Tanpa menunggu, Aiman berlari ke gerai tersebut. "Aku nak cuba menangkan permainan ni. Kalau aku menang, aku nak bagi patung tu pada Alia," katanya penuh semangat.

  Permainan itu kelihatan mudah pada pandangan pertama: tembak sasaran di dinding sehingga jatuh untuk memenangi hadiah. Aiman mengambil pistol mainan yang disediakan, matanya fokus pada sasaran pertama.

  Tembak!

  Pelurunya meleset jauh dari sasaran. Dia mencuba lagi.

  Tembak!

  Meleset lagi. Tiga kali mencuba, tiga kali gagal.

  "Alaaa... tak kena langsung," keluhnya, meletakkan senjata dengan kecewa.

  Ketika itu, seseorang berdiri di sebelah kami untuk mencuba nasibnya. Dia kelihatan tenang, hampir terlalu yakin. Dengan sekali tembakan, sasaran di dinding jatuh serta-merta.

  Mata kami membulat, kagum melihat kehebatannya.

  Orang itu mengambil hadiah yang dimenanginya – sebuah patung beruang comel berwarna coklat. Sambil memerhatikannya, dia bersuara tanpa emosi. "Patung beruang? Aku tak suka benda ni," katanya sambil mencebik.

  "Saiful!" jerit kami serentak, terkejut melihat siapa pemilik tembakan tepat itu.

  Saiful berpaling, tersenyum kecil sebelum berjalan ke arah kami. Dia menyerahkan patung itu kepada Aiman. "Nah, ambik ni. Aku tak perlukan patung beruang. Bagi je pada teman wanita kau."

  Aiman menerima patung itu dengan sedikit tergagap. "Err... terima kasih, Saiful."

  Tak lama selepas itu, rakan-rakan sekelas kami yang lain muncul, membawa suasana lebih riuh.

  Dayana, Isabella, Alia, dan Mimi bergabung dengan kami.

  "Jadi, di sini kamu berdua rupanya!" kata Alia sambil mendekat.

  Aiman, yang sedang memegang patung beruang itu, cepat-cepat menyembunyikannya di belakang badannya.

  Isabella memandangku dengan dahi berkerut. "Hazrul, bukan ke kau salah seorang ahli Kelab Muzik? Kenapa kau masih di sini, tak buat persiapan untuk persembahan malam ni?"

  Aku mengangkat bahu, cuba menjawab dengan santai. "Mereka suruh aku jangan masuk campur. Katanya aku ni selalu cuai."

  Isabella mendengus sambil tersenyum sinis. "Tu lah, siapa suruh cuai sangat? Lain kali hati-hati sikit."

  Aiman cuba mengubah topik dengan cepat, bercakap tentang permainan tadi, sementara aku hanya ketawa kecil, melihat bagaimana malam itu dipenuhi dengan keletah dan semangat muda yang tak terduga.

  Selepas itu, pengumuman kedengaran, "Majlis akan dimulakan sebentar lagi." Semua orang segera bergerak menuju ke arah konsep yang telah ditetapkan. Mimi yang berjalan di sebelahku memandang dan berkata, "Mari kita pergi."

  Kami berjalan bersama-sama menuju ke tempat yang ditetapkan. Ketika mencari tempat duduk yang sesuai, tiba-tiba, suara Haikal memanggilku dari belakang pentas. "Hey, Hazrul!" Aku berpaling dan melihat Haikal, lalu menuju ke arahnya.

  "Ada apa, Haikal?" tanyaku, agak kehairanan.

  "Beberapa alatan kami rosak! Jadi boleh tak kau tolong cari Kai untuk membaikinya?" balas Haikal dengan nada yang agak terdesak.

  "Baiklah," jawabku, dengan segera memahami keperluan tersebut.

  Tanpa membuang masa, aku meninggalkan Aiman dan yang lain-lain yang sedang duduk untuk mencari Kai. Aku terus menuju ke biliknya, mengetuk pintu dengan perlahan sebelum masuk. Namun, biliknya kosong.

  "Kenapa kau berdiri di depan pintu bilik aku?" tanya Kai yang tiba-tiba muncul di tepi ku, seolah-olah baru saja keluar dari tandas.

  Aku menjelaskan masalah Haikal dan meminta bantuan Kai untuk membaiki alatan yang rosak.

  "Baiklah, aku akan tolong mereka," jawab Kai dengan tenang, lalu kami berdua bergerak ke arah konsep yang telah ditetapkan.

  Di belakang pentas, Kai terus bertanya kepada Haikal tentang masalah alatan mereka. "Apa masalahnya, Haikal?"

  Haikal menjelaskan, "Beberapa alatan kami tidak berfungsi. Jadi, bolehkah kau tolong baikkannya?"

  Kai mengangguk dan memeriksa alatan yang dimaksudkan. "Baik, aku boleh buat," katanya, penuh keyakinan.

  Di sebalik tirai, Anis yang berada di situ kelihatan agak gelisah, memerhatikan penonton yang semakin ramai. Aku mendekatinya dan cuba menegurnya.

  "Anis, awak nampak macam pucat aja. Adakah awak takut?" tanyaku, khuatir dengan keadaannya.

  "Bukan!" jawabnya cepat, tetapi ada sesuatu yang membuat aku merasakan ketegangan di suaranya. "Saya rasa seperti mimpi yang saya impikan selama ini menjadi kenyataan."

  Perasaan gembira jelas tergambar di wajah Anis, walaupun dia cuba menyembunyikan kegelisahannya.

  Ketika itu, Lili datang dan memberi tahu kami semua, "Baiklah, saya dah buat undian. Dan kelab kita adalah yang paling akhir sekali."

  "Kalau begitu, ada masa lagi untuk kita berlatih," kata Alif, dengan senyuman penuh harapan.

  Aku menoleh kepada Anis. "Anis? Adakah awak bersedia?"

  "Ya, saya bersedia," jawab Anis dengan semangat, walaupun wajahnya masih menunjukkan sedikit kegelisahan.

  Kai yang telah selesai membaiki alatan yang rosak itu kemudian memberitahu kami, "Baik, alatan itu sudah siap dibaiki. Aku harap kamu semua boleh memenangi tempat pertama dalam acara ini."

  "Ya, kami boleh lakukannya!" jerit salah seorang dari kami, penuh semangat, menandakan bahawa kami sudah bersedia untuk cabaran yang bakal datang.

  Setelah itu, aku kembali ke tempat dudukku. Kawan-kawan yang lain segera bertanya tentang apa yang berlaku di belakang pentas. Aku menjawab, "Tak ada apa yang berlaku. Dah lah! Mari kita nikmati acara ini." Aku cuba menenangkan mereka agar fokus pada persembahan yang sedang berlangsung.

  Acara pertama dimulakan oleh Kelab Pantun. Pantun yang mereka bacakan agak menarik, dari dua kerap hinggalah ke lapan kerap. Persembahan mereka memang memukau, dan aku tertarik dengan cara mereka menyampaikan pantun yang penuh berirama.

  Selepas itu, Kelab Silap Mata mengambil giliran. Aku terpaku melihat helah mereka. Ada beberapa aksi yang mengerikan, lucu, dan pelik yang aku belum pernah lihat sebelumnya. Para penonton tampak terkejut dan terhibur dengan helah mereka yang sangat kreatif.

  Kelab seterusnya adalah Kelab Lakonan. Mereka mempersembahkan sebuah lakonan yang sangat mendalam tentang sejarah Romeo dan Juliet. Cerita klasik itu dibawakan dengan penuh emosi, menarik perhatian kami semua.

  Kemudian, acara diteruskan dengan persembahan dari Kelab Tarian. Persembahan mereka sangat berbeza dari yang sebelumnya. Lagu mula dimainkan, dan mereka mulai menari dengan penuh semangat. Gerak tari mereka sangat memukau, dan irama muzik yang dimainkan semakin membuat kami terpukau. Semua mata tertumpu pada mereka, dan aku dapat merasakan suasana yang sangat berbeza berbanding kelab-kelab yang lain.

  Ketika persembahan Kelab Tarian berakhir, Dayana berkata, "Kelab Tarian agak bagus juga."

  Isabella menambah, "Mungkin mereka akan menang dalam pertandingan ini."

  Kami semua menunggu dengan penuh harapan untuk persembahan dari Kelab Muzik. Tirai pentas dibuka, dan kami semua melihat Kelab Muzik berdiri di belakangnya. Anis kelihatan mencari-cari aku di antara penonton. Setelah beberapa saat, matanya bertemu dengan pandanganku. Dia tersenyum kepadaku, dan aku membalas senyumannya, memberi isyarat agar mereka teruskan dengan semangat.

  Dengan kiraan satu, dua, tiga, mereka memulakan lagu mereka.

  "Baiklah semua! Mari kita lakukannya!" teriak Anis, penuh semangat.

  "1, 2, 3, mula!" kata Amiliya, memimpin mereka.

  Lagu mereka bermula dengan perlahan, dan aku perasan Anis seperti sedang menghayati setiap lirik. Namun, seiring dengan berjalannya lagu, aku mendapati lirik yang mereka nyanyikan sedikit berbeza dari yang sepatutnya. Anis kelihatan agak gagap, dan beberapa ahli kelab yang lain juga mulai terganggu dengan ketidaktepatan liriknya.

  Ketika lagu semakin rancak, Anis semakin hilang arah, dan itu jelas mengganggu aliran persembahan mereka. Pada satu ketika, Justin tiba-tiba muncul dari belakang pentas dan menghampiri Anis.

  "Kau bagi ku harapan di saat aku dalam kegelapan..." Justin menyanyi sambil berjalan ke arahnya.

  Anis, yang kelihatan sedikit terkejut, segera menyambung lagu itu dengan penuh perasaan. "Dan aku berharap agar dapat bersama mu lagi..." Nyanyian mereka berdua sangat serasi, dan penonton mula bersorak dengan kuat. Ada yang menjerit memanggil nama Justin, dan aku turut perasan Shafikah yang tampak sangat teruja, seperti dia sudah menghafal lirik lagu itu.

  Persembahan mereka dihiasi dengan cahaya yang indah, menambah kesan magis kepada setiap nyanyian dan gerak tari. Aku kagum melihat bagaimana Amiliya, Anis, Riko, Rika, Atifah, Alif, Lili, dan Husnah bekerja bersama dengan penuh semangat. Mereka menamatkan persembahan dengan letupan bunga api yang memukau, dan seluruh auditorium bergema dengan sorakan gemuruh dari penonton.

  Ahli Kelab Tarian terlihat cemburu dengan kemeriahan yang ada pada persembahan mereka. Tak dapat dinafikan, Kelab Muzik telah berjaya mencuri perhatian ramai dengan semangat dan kesungguhan mereka.

  Selepas persembahan Konsep itu berakhir, kami segera pergi berjumpa dengan mereka.

  "Lagu yang bagus lah!" puji Haikal dengan penuh kegembiraan.

  "Tak lah, mana ada." balas Justin sambil tersenyum.

  Kami semua terus berbual-bual di belakang pentas, mengenang detik-detik seronok sepanjang persembahan. Tiba-tiba, Lili datang menghampiri kami.

  "Awak semua, juri sedang memberikan markah. Keputusan akan diumumkan sebentar lagi," kata Lili, menegur kami.

  Kami menunggu dengan penuh debaran, tidak sabar untuk mendengar keputusan daripada juri.

  Akhirnya, juri mula membuat pengumuman. "Dan pemenangnya ialah... Kelab Muzik!" pengumuman itu mengejutkan kami, diikuti dengan tepukan gemuruh. "Di tempat kedua, Kelab Tarian!" Juri terus mengumumkan keputusan tersebut dengan jelas.

  Lili segera naik ke pentas untuk menerima hadiah bagi pihak kelab Muzik, sambil memberi ucapan terima kasih kepada penonton. Semua orang di dalam dewan memberi tepukan gemuruh.

  Selepas acara berakhir, kami bersama-sama membersihkan pentas. Amiliya, yang turut membantu, bertanya kepadaku, "Macam mana kami tadi? Hebat tak?"

  "Ya, kamu semua memang hebat." jawabku sambil menyapu lantai. Aku sedikit terfikirkan sesuatu, tentang kemungkinan kemusnahan hari jadi pengetua yang hampir tiba.

  Ketika aku memegang duster, Amiliya menegurku, "Ada apa?"

  "Tak, tak ada apa-apa." jawabku, cuba menyembunyikan perasaan risauku.

  Namun, aku tidak dapat menahan fikiranku yang mula melayang ke hari yang mendatang. Aku membetulkan keadaan diriku dan bertanya kepada Amiliya. "Amiliya, hari jadi ayah awak bila?"

  Dia cuba mengingatinya sebentar, "Kejap, lebih kurang seminggu dari sekarang."

  "Seminggu dari sekarang!" jeritku dengan terkejut. Jantungku berdegup laju.

  "Ya," jawab Amiliya sambil terus menyapu lantai.

  Aku terdiam seketika. Ternyata hari terasing itu bersamaan dengan hari jadi pengetua. Mungkin inilah masa yang paling kritikal. Aku harus memikirkan cara untuk menghalang kemusnahan yang bakal berlaku. Jika tidak, semua orang mungkin akan terjejas.

  Aku terus memikirkan pelbagai kemungkinan untuk mencegahnya, namun masa semakin singkat.

  Tinggal 7 Hari Lagi.

Recommended Popular Novels