home

search

Chapter 25 Dinding dan Rakaman

  HARI KEDUA PULUH LIMA

  Pagi itu, aku bangun dengan perasaan yang penuh tanda tanya. Aku masih teringat tentang perbualan Ros dan Azmi yang aku dengar semalam. Aku tidak dapat berhenti memikirkannya, dan aku tahu aku perlu mendapatkan jawapan. Aku mula mencari Azmi di setiap sudut sekolah, berharap dapat bertemu dengannya dan bertanya terus mengenai apa yang berlaku semalam.

  Namun, setelah berjam-jam mencari di sekitar sekolah, dari bilik guru ke kantin, hingga ke taman, aku tidak menjumpainya. Perasaan risau mula menguasai fikiranku. Apa yang sedang berlaku? Kenapa Azmi menghilang begitu sahaja? Apa yang dia tahu yang tidak mahu aku ketahui?

  Akhirnya, aku memutuskan untuk bertanya kepada Amiliya, mungkin dia tahu di mana Azmi berada. Aku menemui Amiliya sedang duduk di koridor, dan dengan cepat aku menghampirinya.

  "Amiliya, adakah kau tahu di mana Azmi?" tanyaku dengan penuh harapan.

  Amiliya memandangku dengan wajah yang agak cemas. "Azmi? Dia... dia hilang sejak semalam. Tiada siapa yang tahu ke mana dia pergi."

  Aku terkejut. "Hilang? Kenapa? Apa yang berlaku sebenarnya?"

  Amiliya kelihatan keliru. "Aku tak pasti. Dia tiba-tiba hilang selepas kelas semalam. Semua orang tercari-cari dia, tapi tiada siapa yang tahu di mana dia berada."

  Hati aku semakin cemas. Aku tidak menyangka perkara ini akan berlaku begitu cepat. Apa yang sebenarnya sedang berlaku antara Azmi dan Ros? Kenapa Azmi tiba-tiba menghilang selepas perbualan yang aku dengar semalam?

  "Jadi, Azmi tak tinggalkan sebarang petunjuk?" aku bertanya, masih berharap ada sesuatu yang boleh menjelaskan keadaan ini.

  Amiliya menggelengkan kepala. "Tidak ada. Hanya pesan biasa yang mengatakan dia ada urusan penting. Itu sahaja."

  Aku mengeluh, kebingungan semakin meningkat. Semua ini semakin membingungkan. Aku perlu tahu lebih lanjut tentang apa yang mereka bincangkan, apa yang sedang berlaku di belakang semua ini. Dan kini, dengan Azmi yang hilang, aku semakin merasakan bahawa ada sesuatu yang besar sedang terjadi.

  Aku memutuskan untuk mencari jawapan sendiri. "Amiliya, jika kau tahu apa-apa, tolong beritahu aku. Aku perlu tahu apa yang sedang berlaku."

  Amiliya hanya mengangguk, namun aku dapat melihat kebimbangan di wajahnya. Aku berterima kasih padanya dan mula berfikir tentang langkah seterusnya. Ros dan Azmi... semuanya berhubung dengan sesuatu yang jauh lebih besar. Aku mesti mencari jalan untuk menyelesaikan teka-teki ini sebelum terlambat.

  Apabila loceng berbunyi menandakan waktu kelas telah tamat, aku segera membuka pintu dan berlari menuju ke bilik Team Seven. Dalam larian ku, aku terserempak dengan Kai.

  "Kau nak pergi mana, Hazrul?" tanya Kai, menghalang langkahku.

  Aku berhenti dan menoleh kepadanya. "Aku nak jumpa dengan Team Seven," jawabku.

  Kai mengangkat kening, kelihatan sedikit terkejut. "Team Seven? Kenapa tiba-tiba nak jumpa dengan mereka?"

  "Ada hal penting yang perlu diselesaikan."

  Kai mengangguk, tidak bertanya lagi. "Baiklah, aku ikut sekali. Aku ada beberapa benda nak cakap dengan mereka juga."

  Kami berlari bersama-sama, dan akhirnya sampai di depan bilik BlackAlpha. Aku buka pintu dengan pantas dan melangkah masuk, diikuti oleh Kai.

  "Wo, kenapa kau nampak tergesa-gesa ni?" tanya Jojo, memandang aku dengan wajah penuh kehairanan.

  Tanpa berfikir panjang, aku terus terang bertanya kepada mereka. "Apa yang berlaku sebenarnya? Tentu kamu semua tahu sesuatu?"

  Kai memerhati ahli Team Seven satu persatu, lalu salah seorang dari mereka, Roger, menjawab, "Apa yang kamu maksudkan ni?"

  Aku berjalan masuk sambil berkata dengan nada serius, "Aku dapati Anis akan melakukan ujian DNA di sini."

  "Ya, kenapa?" tanya mereka, kelihatan semakin tertanya-tanya.

  Aku terus membuka mulut, "Kamu semua tahu ke yang kita dikelilingi oleh pengganas yang cuba dapatkan beg itu?"

  Roger yang duduk di sudut bilik, cuba menenangkan aku. "Bawa bertenang. Kami tahu yang kita diperhatikan. Tujuan Anis untuk lakukan ujian DNA kerana dia mengalami kegagalan sel."

  "Kegagalan sel?" tanya aku, masih keliru.

  Jojo yang duduk di sebelah Roger segera menjelaskan, "Betul tu, kegagalan sel. Sejak akhir-akhir ini, Anis sering terganggu dengan beberapa impak yang berbahaya."

  "Jika dibiarkan, dia akan mati," kata Ros yang tiba-tiba membuka pintu bilik dengan wajah serius.

  Aku terkejut mendengar kata-kata itu. "Apa? Kalau dia tak dapat rawatan, dia akan mati?"

  Jojo yang sudah bersedia dengan jawapan mengangguk. "Ya, kalau dibiarkan terlalu lama, dia akan kehilangan nyawa."

  Dalam keadaan yang tegang itu, Jojo tiba-tiba menoleh pada Kai. "Kai! Kau sangat bagus dalam bidang programming. Kenapa kau seperti tidak suka pada kami? Cuba bagitahu?"

  Kai membalas dengan tenang, "Aku? Tidak suka? Sebenarnya, kamu semua ni pelik." Kai mula mendekati mereka dengan langkah perlahan. "Siapa sang topeng yang sebenarnya? Dan kenapa SCI mengurung beg itu di dalam bangunan sekolah?"

  Mereka saling berpandangan sebelum akhirnya Roger bersuara. "Baiklah, sebab kami di sini adalah kerana arahan kerajaan. Kami diarahkan untuk mencari misteri game."

  "Game? Game apa?" tanya Kai, masih tidak faham.

  Roger memandang kami berdua dengan serius, nadanya berubah menjadi ngeri. "Game si Joker."

  Kai terkejut mendengar nama itu. "Joker? Siapa Joker?"

  Renjuu yang tiba-tiba mencelah dengan nada tegas, "Kau tidak perlu tahu siapa dia. Kau tu cuma budak, masih lemah untuk mengetahuinya."

  Unauthorized usage: this narrative is on Amazon without the author's consent. Report any sightings.

  Renjuu cuba menenangkan keadaan sebelum bertindak lebih lanjut. "Sudah! Daripada berbual seperti ini, ada baiknya kita membuat perancangan sebelum hari terasing tiba."

  Aku dan Kai saling berpandangan. Kami berdua tahu ini bukan perbualan biasa. Lalu, tanpa berkata apa-apa, kami berundur sedikit.

  Tiba-tiba, Justin yang tidak kelihatan tadi muncul dan mengheret kami berdua. "Jom, kita keluar dulu," katanya, memegang tangan kami dan menarik kami jauh dari bilik tersebut.

  "Akhirnya, kamu berdua tahu juga," kata Justin sambil melepaskan nafas lega, seolah-olah beban berat telah terlepas dari bahunya.

  "Apa yang berlaku, Justin?" tanya aku, masih keliru dengan keadaan yang semakin pelik. Kai turut bersuara, "Ada yang aneh dengan kumpulan kau."

  Justin memandang kami berdua dengan pandangan serius. "Kumpulan aku tak aneh, tapi kami cuma mengikut arahan yang diperintahkan oleh kerajaan," jawabnya, berdiri dengan penuh keyakinan. "Aku dapat rasakan ada seseorang yang sedang merancang sesuatu untuk menghuru-harakan sekolah ini."

  Apabila aku terdengar perkataan huru-hara, aku teringat akan mimpi yang aku alami beberapa malam lalu, di mana sekolah ini dimusnahkan oleh seseorang. Aku segera bertanya kepada Justin, "Adakah... adakah ini berkaitan dengan mimpi aku? Mimpi yang memberitahu keadaan masa depan?"

  Justin terdiam seketika sebelum wajahnya sedikit berubah, seolah-olah sesuatu yang besar baru sahaja terdetik dalam fikirannya. "Oh! Aku tahu. Itu pasti dari buku jelmaan," katanya dengan penuh keyakinan.

  Aku tercengang. "Buku jelmaan? Apa tu?"

  Justin mengangguk dan mula menjelaskan. "Buku jelmaan itu memang luar biasa. Ia boleh meramal masa depan, tahu apa yang akan berlaku, dan memberi petunjuk tentang bagaimana untuk menghalang segala balak yang bakal terjadi." Dia berhenti sebentar, memerhatikan reaksi kami, sebelum menyambung. "Tapi, buku itu tidak mudah didapatkan. Hanya mereka yang benar-benar memahami maksud di sebalik ramalan itu yang dapat menggunakannya untuk kebaikan."

  Kai yang mendengar penjelasan itu, mengerutkan dahinya. "Jadi, kita kena cari buku itu? Dan bagaimana kita tahu jika ramalan dalam buku itu benar?"

  Justin melihat kami berdua dengan penuh keyakinan. "Itulah yang kita perlu cari tahu. Tetapi kita tak boleh biarkan sesiapa pun tahu tentang buku ini, atau apa yang terkandung di dalamnya. Ia terlalu berbahaya jika jatuh ke tangan yang salah."

  Aku dan Kai saling berpandangan. Apa yang Justin katakan semakin jelas. Semua yang berlaku sekarang ada kaitan dengan sesuatu yang lebih besar daripada yang kami sangka.

  Tanpa berfikir panjang, kami terus menuju ke perpustakaan untuk mencari buku tersebut dan juga untuk mengetahui maksud sebenar mimpi aku. Sesampainya di perpustakaan, aku melihat Azmin dan Anita sedang berada di sana. Mereka seolah-olah mencari sesuatu dengan penuh tumpuan.

  Tiba-tiba, Anita melihat kami masuk dan segera memberitahu Azmin. "Azmin, di sini kau rupanya. Kemana kau menghilang pagi tadi?"

  Azmin mengangkat kepala, kemudian melihat aku. "Oh! Kau Hazrul," katanya, sebelum memandang Kai. "Dan tentu kau orang yang bercakap dalam radio tempoh hari. Nama kau, Kai kan? Selamat berkenalan."

  Kai membalas, "Ya, ya. Selamat berkenalan." Kemudian, Kai terus bertanya, "Cuba kau bagitahu kami tentang peristiwa semalam. Peristiwa di mana kau dan Ros berbual tentang ujian DNA."

  Azmin memandang kami dengan serius. "Jadi kamu semua tahu tentang semuanya?"

  Aku tidak sabar mendengar penjelasan, lalu bertanya, "Azmin, apa maksud kau?"

  Azmin menarik nafas panjang dan mula bercerita. "Baik, biar aku bagitau. Aku dan Anita sedang membuat kajian, dan kami dapati sesuatu yang ganjil. Kenapa si penjubah cuba menculik Anis tempoh hari? Aku fikir dan terus berfikir, akhirnya aku dapat penyelesaiannya. Anis sebenarnya menawarkan diri untuk pergi ke gaum kematian. Maksudnya, seseorang sedang membuat perangkap supaya Anis pergi ke hutan, lalu menangkapnya untuk menjalankan ujian DNA."

  Semua yang mendengar terdiam seketika. Aku terkejut dengan apa yang Azmin katakan, tetapi sebelum aku sempat bertanya lebih lanjut, Justin yang tiba-tiba muncul menghentikan kata-kata Azmin.

  "Nanti dulu!" Justin berkata dengan nada tegas. "Kau lupa kenapa si penjubah lepaskan Anis? Sebab sang bertopeng ada di sana."

  Semua terdiam mendengar kata-kata Justin. Aku saling memandang dengan Kai, cuba mencerna maklumat yang baru sahaja didedahkan.

  Aku memandang Justin dengan penuh persoalan dan akhirnya bertanya, “Justin, masa kami ke bilik Team Seven, mereka ada cakap tentang game. Jadi boleh aku tahu game apa yang mereka maksudkan?”

  "Game? Game apa yang kau maksudkan?"

  "Game Joker," jawabku dengan tegas.

  Azmin yang mendengar percakapan kami segera bersuara. "Tujuan Team Seven di sini adalah untuk mencari password beg NPV itu. Mereka juga mahu melakukan ujian DNA terhadap Anis, tetapi mereka tidak menemui jalan lain untuk mencipta semula NPV, dan mereka tidak tahu apa password beg itu. Jadi, aku harus mencari password NPV itu sebelum Anis dijalankan ujian."

  Aku terkejut mendengar penjelasan itu. "Jadi, apa yang kau buat untuk mencari password itu?"

  Azmin mengangguk. "Aku sudah jumpa beberapa petunjuk yang mengatakan, password beg itu mungkin ada di dalam perpustakaan."

  Tanpa membuang masa, Azmin menuju ke dinding perpustakaan yang kelihatan biasa. Dia menekan tombol pintu rahsia, dan dinding itu bergerak perlahan-lahan. "Aku hampir selesai dengan semua misteri yang ada di balik dinding ini. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi yang perlu dipecahkan," katanya dengan penuh semangat.

  Kami semua terpaku melihat lorong-lorong yang penuh dengan halangan di balik dinding tersebut. Azmin mengetuai langkah pertama, tetapi sebelum sempat kami menjejakkan kaki ke dalam lorong itu, tiba-tiba Shafikah muncul di depan kami.

  "Hei, apa yang kamu semua lakukan di perpustakaan ini?" tanyanya dengan nada curiga.

  Dia memandang dinding rahsia yang baru sahaja terbuka dan bertanya lagi, "Apa itu?"

  Semua mata tertumpu padanya. Azmin memandang Shafikah dan akhirnya mengangguk, "Kami sedang mencari sesuatu yang penting, dan kami rasa kamu boleh membantu."

  Shafikah memandang kami dengan ragu, tetapi kemudian dia berkata, "Baiklah, aku mahu terlibat dalam hal ini juga. Kalau ada yang boleh membantu, kenapa tidak?"

  Aku dan Kai saling bertukar pandangan. Kami tahu, semakin ramai yang terlibat, semakin besar risikonya. Tetapi jika Shafikah dapat membantu, itu mungkin satu langkah penting ke arah menyelesaikan misteri ini.

  Setelah kami berjaya menyelesaikan misteri terakhir, akhirnya kami menemui barangan yang telah dirosakkan oleh pihak sekolah. Barangan itu berupa video, gambar, dan beberapa objek yang aneh. Azmin berdiri seketika, memandang barangan tersebut, kemudian berkata, "Itulah video yang Anis lihat."

  Shafikah segera membuka video tersebut, dan kami semua menunggu dengan penuh debaran. Kami melihat rakaman yang ada di dalam video itu. Rakaman tersebut menunjukkan hari-hari yang Anis habiskan sebelum menjalani ujian DNA yang mengerikan itu. Ia begitu menyedihkan, penuh dengan kesedihan yang mendalam. Shafikah, yang sudah tidak mampu menahan perasaan, berkata, "Aku tak mahu tengok lagi."

  Kami semua terdiam seketika. Perasaan kami semakin berat, dan setiap saat terasa semakin suram. Apabila rakaman itu sampai ke bahagian yang lebih menarik perhatian, Azmin cepat-cepat menghalang kami. "Jangan!" katanya dengan nada tegas. "Pada bahagian ini lah Anis menjadi trauma."

  Semua orang memandang Azmin dengan penuh rasa ingin tahu, tetapi kami memutuskan untuk tidak melihatnya. Kami tahu itu mungkin terlalu berat untuk ditonton.

  Anita, yang sejak tadi diam, mengambil beberapa barangan lain yang ada di situ. Kami semua kemudian mengeluarkan diri dari ruangan itu, tetapi tiba-tiba, video tersebut mula berputar kembali. Hari-hari yang Anis lalui di makmal itu kembali dipaparkan. Namun, kali ini keadaan berubah dengan drastik.

  Rakaman itu tiba-tiba bertukar warna menjadi merah, dan segala yang kami lihat sebelumnya — kesedihan, kegelisahan — bertukar menjadi keputusasaan yang mengerikan. Bunyi, gambaran, keadaan, suasana, dan seksaan yang kami lihat di dalam video itu membuatkan kami semua terpaku. Kami tidak mampu bergerak, seolah-olah terperangkap dalam pandangan yang sangat mengerikan. Setiap detik yang berlalu terasa seperti mimpi buruk yang tidak akan berakhir.

  Kemudian, kami melihat sesuatu yang lebih menakutkan. Ujikaji yang berjaya berlawan dengan makhluk buas. Dalam rakaman itu, kami melihat tiga orang yang terlibat — Hakimi, Hafiz, dan Anis. Mereka berdiri di hadapan makhluk itu, siap untuk bertempur. Azmin terkejut apabila melihat mereka, seolah-olah baru menyedari sesuatu yang besar.

  Kami semua terdiam, tidak percaya dengan apa yang baru sahaja kami lihat. Video itu akhirnya padam dan rosak, meninggalkan kami dalam kekosongan.

  Keadaan menjadi sunyi, tetapi kami masih tergamam. Semua mata kami terfokus pada rakaman yang baru saja berakhir. Tanpa kami sedari, kami mula mengigau, seperti dipengaruhi oleh apa yang baru saja kami saksikan. Pikiran kami bercelaru, dan kami tidak tahu apa yang harus dilakukan seterusnya. Kami hanya berdiri di sana, merasa seolah-olah segala yang telah kami lihat telah mengubah kami selamanya.

Recommended Popular Novels